Blog

Ilmu percuma tentang isu lazim dari media sosial host.

Kalau anda sebut bedung ni tak bagus, dia menghadkan pergerakan anak, dia halang anak untuk explore tubuh badannya dengan bebas, dia buat anak rasa terperangkap, rasa rimas tapi dalam masa yang sama anda ok dengan anak yang kena duduk dalam wrap, perlu dibalut duduk dalam gendong, anda bias.

Kalau anda ok dengan idea anak yang perlu kerap ditepuk sepanjang lena, kalau berhenti terjagalah dia.

Yang perlu digendong, diriba, didodoi sepanjang dia tidur untuk lena tapi dalam masa yang sama anda anti dengan orang yang perlu gunakan buaian untuk dapatkan hayunan bagi anaknya lena, anda bias.

Kalau anda ok dengan anak yang mengempeng, budak yang dah kenyang, tak lapar pun, saje je nak mengempeng untuk rasa relaks, boleh tidur lena tapi dalam masa yang sama anda anti betul dengan mak-mak yang bagi anak dia hisap puting, anda kata, “hmm, ni macam menipu anak ni, tak keluarkan susu pun” macam bagi hisap angin kosong, anda bias.

Kalau anda ok dengan semua jenis training, latihan, pelajaran baru, memahirkan anak dengan skill-skill baru, potty training, botol training, car seat training, tapi dalam masa yang sama anda anti betul dengan sleep training, anda bias.

Kalau anda sokong parents untuk jaga mental health, jaga emosi, cari jalan untuk hidup lebih gembira, lebih teratur, tidur lebih puas, tapi dalam masa yang sama anda mengkritik antara jalan parents ni, cari untuk boleh hidup lebih gembira dan teratur, contohnya, asingkan tempat tidur anak, sleep training untuk anak ni pandai tidur tanpa asyik harap kat mak, biarkan anak ni bermain dengan gadget ataupun screen demi membeli sedikit masa untuk berehat, anda bias.

Kalau kita pergi pharmacy, ada banyak sangat ubat yang tersedia, bukan semuanya untuk kita sebab masalah kita lain-lain.

Kita ambil ubat yang perlu sahaja untuk kita dan tinggalkan ubat yang lain untuk orang lain yang memerlukan.

Agama pun macam tu juga, ada macam-macam pendapat, aliran, mazhab yang masih boleh diaplikasi, digunapakai, semuanya untuk memudahkan manusia kerana cabaran kita berbeza-beza, samalah juga dengan parenting.

Tak ada yang betul-betul salah atau betul-betul betul selagi perkara yang kita amalkan itu tidak benar-benar terbukti membahayakan, memudaratkan anak.

Jadi, janganlah dengan mudahnya kita nak melabel atau mengkritik seseorang ataupun pilihan parenting yang dia amalkan.

Kalau kita tak pasti, kita tak ada input ilmunya, kita cuma rasa tak suka sebab perasaan peribadi, lebih baik kita diam dulu dan dalam masa yang sama, carilah input dan infonya sampai kita jelas.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 8 episod percuma.

View plans and pricing

Older posts