Okay parents, cara macam mana nak tidurkan baby yang over tired bahagian 2. Jom kita sambung.
Okay untuk bahagian 2 ni, kita assume yang baby sudah pun ditenangkan, dah tak menangis lagi.
Jadi sekarang, macam mana kita nak letak baby yang dah mamai ke bawah supaya baby terus tidur?
Pastikan letak baby ke bawah perlahan-lahan dalam keadaan baby tengah mamai.
Bedung dengan kemas dan pasang white noise.
White noise boleh guna handphone buka YouTube macam saya pasang ni, ataupun boleh guna alat white noise yang boleh dibeli dekat mana-mana kedai baby ataupun platform online.
Sekiranya bayi menangis, jangan terus angkat. Tapi tunggu dulu 10 saat.
Cuba tepuk-tepuk dulu baby, tengok boleh tidur semula tak baby tu.
Kalau baby tak boleh tidur semula dan terus menangis, maka barulah ibu-ibu boleh angkatkan baby dan tenangkan guna teknik cuddle cure.
Setelah baby tenang, letakkan semula baby ke bawah, pastikan bedung dan white noise sentiasa terpasang, dan ulang langkah tadi. Kalau baby menangis, jangan terus angkat, tapi cuba tepuk-tepuk dulu.
Langkah ini boleh ulang sebanyak 2 kali, dan kalau kali ketiga bayi masih menangis, jangan teruskan langkah ini. Sebaliknya, angkat dan tidurkanlah baby seperti mana yang baby nak, yang baby biasa, sebab kita tak nak baby over tired.
Untuk baby yang memang tak boleh hanya tidur dengan bedung plus white noise sahaja, maka kita kena tambah elemen satu lagi, iaitu elemen hayunan.
Untuk hayunan, kita boleh guna buai seperti ini.
Kaedahnya sama juga, letak baby dalam keadaan mamai, pastikan bayi di bedung kemas, pasang white noise.
Sama juga, jika bayi menangis jangan terus angkat, sebaliknya tunggu dulu 10 saat, cuba tepuk-tepuk dan pujuk bayi, tengok bayi boleh tidur semula ataupun tidak.
Penting untuk ibu bapa bagi masa kepada diri sendiri dan juga kepada bayi untuk biasakan diri.
Kesimpulannya, untuk tidurkan baby, kita perlu gunakan sleep prop seperti bedung dan white noise. Ataupun, kita perlu tambahkan elemen hayunan seperti ini, iaitu:
Bedung
White noise
Hayunan
…bagi bayi yang tidak boleh tidur hanya dengan bedung dan white noise sahaja.
Yang penting, parents jangan putus asa.