Bila Tidur Anak Perlukan Bantuan

Okay parents, kalau anak anda jenis yang susah nak tidur sendiri tapi kalau dengan bantuan contohnya mengempeng ataupun berdodoi, tidur dalam buai, bawa tawar satu rumah dia jadi mudah nak tidur. Ini bukan sebab dia over tired tapi sebab jadi tabiat tidur dia. Sebelum tidur mesti kena mengempeng, berdodoi dan sebagainya tu.

Sama lah juga kalau bila dia dah tertidur, dia jadi kerap terbangun. Dan apabila mak datang dan buat tepuk-tepuk-tepuk balik, dia dengan mudahnya boleh tidur semula.

Over Tired Bukan Puncanya

Kalau over tired ni, dia memang struggle nak tidur. Memang dia akan merengek dan kita perlu ambil masa yang lama untuk tidurkan dia. Saya bagitahu ni sebab saya baru je dapat satu kes.

Mak bagitahu pada saya, anak dia sentiasa over tired dan dia dah tak tahu dah apa nak buat supaya anak tu tak over tired. So saya tanyalah mak, apa yang menyebabkan mak rasa anak over tired?

Sebenarnya Bukan Letih Sangat

So mak dia pun cakap, kerana dia susah nak tidur, kena dodoi tu semua baru lah dia dapat tidur. Dan bila dapat tidur, anak tu boleh tidur. Tapi bila terbangun, mak kena datang dan dodoi semula.

Tapi setelah saya teliti jadual tidur anaknya — dia punya nap time dia cukup, dia punya bed time dia ok, dia punya awake window dia semua terjaga — jadi anak ini sebenarnya dia bukan over tired.

Tapi masalah dia ialah, dia perlu berdodoi dan berhayun dekat badan mak untuk dia tidur. Dan setiap kali dia terjaga, dia mencari juga benda tu. Itu masalah sebenar dia.

Apa Penyelesaiannya?

Solution untuk masalah macam ni memang kena bantu anak tu untuk ubah tabiat tidur dia. Daripada dia perlu tidur di badan mak dengan cara mak hayunkan dia, kepada cara lain yang lebih mudah untuk tidur.

Kerana anak ni dah besar, ok. Nak berhayun tu dah bukan lagi satu benda yang mudah untuk mak tu nak buat.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing