Gas Tidak Muncul Serta-Merta Lepas Menyusu

Bukan semua baby habis je menyusu immediately ada gas untuk disendawakan. Bukan.

Gas adalah hasil pencernaan susu ataupun makanan.

Salah satu hasil pencernaan susu adalah gas.

Maka dia perlukan sedikit masa untuk digestion tu berlaku.

Dan selagi ada susu dalam badan baby, selagi itu digestion akan terus berlangsung.

Sebab tu gas dihasilkan 24 jam.

Tak semestinya selepas waktu menyusu sahaja.

Macam Mana Nak Tahu Baby Ada Gas Untuk Disendawakan?

Persoalannya: macam mana kita nak tahu anak kita memang ada gas untuk disendawakan ataupun tidak?

Jawapannya mudah je.

1. Tengok Kelakuan Anak

Kalau anak tu nampak resah, gelisah, macam tak selesa immediately lepas menyusu, ada besar kemungkinan dia nak sendawalah.

Tapi kalau kita tengok anak kita menyusu, susu tak habis lagi, dia pun dah tutup mata, dah siap terlelap, maka bayi ni tak ada susu untuk disendawakan pada waktu itu.

2. Bunyi Tangisan ‘Eh’

Ada satu bunyi tangisan khas yang mewakili kemahuan anak nak sendawa, iaitu bunyi ‘eh’.

Bunyi ‘eh’ ni, ‘i’ tu akan didengar dengan jelas. ‘i’ dia dan ‘eh’ itu disebut secara terputus-putus.

Kenapa jadi ‘eh’ ‘eh’ ‘eh’ ‘eh’ ‘eh’?

Kerana gas adalah elemen yang terapung, bergerak.

So bila dia ada dekat abdomen, abdomen baby akan mengalami contraction untuk push gas tu keluar ke mulut.

Jadi bila baby rasa tak selesa, ada gas lalu, dia pula nak berbunyi, nak bersuara, nak bagitahu tak selesa ni.

Maka that’s why bunyi suara tangisan dia menjadi terputus-putus.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing