Struggle Nak Tidur Walaupun Nampak Mengantuk

Ada beberapa ciri yang biasanya anak akan tunjukkan kalau dia dah over tired. Yang pertama, kalau kita memang nampak dia mengantuk tapi dia struggle nak tidur. Sama ada dia memang susah nak tidur walaupun kita memang nampak dia mengantuk atau dia boleh je masuk tidur. Tapi tidur dia tu sekejap, mungkin 15 minit, mungkin 20 minit macam tu je. Tak lebih daripada 30 minit. Ini terjadi kerana dalam badan dia waktu tengah over tired tu hormon kortisol yang tengah mencanak naik dan hormon tidur dah pun menurun. Jadi kortisol ni fungsi dia memang untuk buatkan badan alert. Sebab itulah dia jadi macam tu.

Tiba-Tiba Jadi Lebih Hyperaktif

Yang kedua, dia akan jadi lebih hyperaktif. Kadang-kadang kita boleh nampak, mula-mula dia nampak macam letih, dah mengantuk. Tapi tiba-tiba dia macam dapat semangat baru terus nak pergi main, nak sambung main balik. Padahal kita nampak ni mata dia semua dah berat tapi tiba-tiba dia jadi hyperaktif. So itu sebenarnya adalah ciri-ciri anak yang dah over tired juga.

Mood Swing dan Keliru Emosi

Yang ketiga, kalau dia jadi mood swing. Mood swing ni maksudnya sekejap dia merengek, lepas tu tiba-tiba dia boleh stop, dia boleh sambung main balik. Contohnya, kita dah nampak lah dia merengek sebab dia mengantuk. Tiba-tiba on the way nak masuk tidur tu ada opah dia ke datang, agah-agah dia. Lepas tu dia pun boleh respond dan senyum-senyum balik dengan opah tu nampak macam nak main. So kita pun macam confused, “Eh, tadi meragam lepas tu tiba-tiba nampak orang nak main pula”. Tapi main sekejap lepas tu dia akan meragam semula. So itulah yang kita panggil mood swing. Dan mood swing ni juga adalah ciri-ciri yang biasanya anak tunjuk kalau dia dah over tired.

Kenal Pasti dan Elakkan Sebelum Terjadi

So kalau nampak anak puan dah tunjukkan ciri-ciri ni, maksudnya dia dah over tired lah tu. So kita memang nak kena elak over tired ni daripada terjadi. So elakkan lah faktor-faktor yang boleh mencetuskan over tired.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing