PLATFORM ILMU KEIBUBAPAAN KOMPREHENSIF

Akhirnya, sumber ilmu yang bantu ibu bapa belajar cara urus anak dengan lebih yakin!

Topik tidur cuma permulaan…

Di Infantalk, anda juga akan dapat akses kepada ilmu tentang breastfeeding, pemakanan, dan pelbagai lagi isu penting yang sering buat ibu bapa pening kepala.

SAYA NAK TAMBAH ILMU LAGI

Ilmu yang diajar dalam Seminar Tangisan dan Tidur Anak sudah cukup untuk mempersiapkan bakal ibu bapa tangani masalah tidur anak. Tapi...

Ada beberapa perkara yang tuan-tuan & puan-puan mungkin rasai apabila tonton rakaman seminar ini...

Terlalu banyak topik, terlalu padat. Topik seperti jenis tangisan, signal letih, overstimulation, rutin tidur, respon emosi — semua penting, tapi sukar untuk penceramah buat penerangan setiap topik dengan lebih mendalam kerana kesuntukan masa.
Situasi tidak personalize ikut kes anak masing-masing. Anak umur 2 bulan tak sama dengan anak 2 tahun — tapi dalam seminar 1 hari, semua kena dengar isi yang sama, walaupun tak semua relevan. Anda rasa “info ni tak kena dengan anak aku”.
Tak semua orang boleh belajar hanya dengan tengok dan dengar. Ramai yang perlukan masa untuk hadam, buat catatan, dan ulang semula ikut rentak sendiri — barulah betul-betul faham dan yakin nak praktikkan.

dan untuk peserta fizikal seminar pula...

Tiada masa untuk aplikasi atau latihan praktikal. Topik diajar, tapi tiada masa untuk buat roleplay, analisis kes sebenar, atau tanya tentang situasi sendiri. Hasilnya: peserta balik dengan info, tapi tak tahu nak mula dari mana.
Masa Q&A sangat terhad. Peserta ada 1001 persoalan, tapi masa Q&A terlalu singkat. Soalan penting tak sempat dijawab, peserta balik dengan rasa tak puas.
Tiada follow-up selepas seminar. Lepas seminar habis, peserta tinggal sendiri. Bila balik rumah dan mula cuba, terus rasa hilang arah — sebab tiada sistem sokongan.
Susah untuk hadir & fokus secara fizikal. Ibu menyusu bayi? Anak kecil tak boleh duduk lama? Anak tantrum waktu seminar? Fokus terganggu, maklumat tak masuk. Banyak terlepas walaupun hadir.
Setiap peserta datang dengan isu dan fasa berbeza. Ada anak high demand, ada anak kolik, ada anak sensory, ada anak susah tidur sebab trauma — tapi seminar sehari tak mampu cover semua secara mendalam.

Senang cerita, seminar satu hari je tak cukup!

Sebab itulah INFANTALK.COM ditubuhkan...

Mudah untuk difahami & senang untuk diikuti, langkah demi langkah panduan dalam bentuk video beserta transkrip dan sari kata.

Segala yang anda perlukan untuk faham anak dengan lebih jelas — dari tidur malam yang lena, tangisan tanpa henti, penyusuan yang mencabar, hinggalah ke asas pemakanan yang sihat.
Tanpa perlu Google tengah malam, tanpa scroll TikTok sampai keliru, dan tanpa rasa bersalah setiap kali anda ‘tersilap langkah’. Walaupun anda tak tahu nak mula dari mana, tak cukup masa nak hadam semuanya, dan sering rasa “kenapa anak orang lain senang je?”, Infantalk susun semua untuk anda — langkah demi langkah, ikut keperluan sebenar ibu bapa hari ini.
SAYA NAK ILMU YANG DIAJAR

Nak tahu apa yang anda akan dapat setelah langgan?

#1 Video Resolusi Tinggi

Anda boleh tengok dengan selesa walaupun sambil pegang anak atau menyusu dengan kualiti High Definition sehingga 4K.
Tak perlu risau jika tak faham dengan apa yang speaker sampaikan. Bukan sahaja kualiti audio terang dan jelas, transkrip dan sari kata juga disediakan.
Boleh tonton di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sama ada di telefon, tablet atau laptop, pengalaman menonton tetap lancar.

##2 Pelajari Ilmu Komprehensif

Ilmu yang dikumpulkan fokus kepada perkembangan anak sejak dari lahir (newborn) dan sehingga usia 6 tahun.
Ketahui jawapan kepada persoalan lazim daripada masalah sebenar ibu bapa dari segi corak tidur anak, penyusuan, nutrisi dan pelbagai lagi.
Setiap episode yang disusun adalah unik kerana anda tak perlu habiskan masa untuk tonton kesemuanya, tapi boleh pilih topik yang paling 'kena' dengan cabaran anda hari ini.

#3 Episod Baru Setiap Ahad

Ilmu sentiasa segar dan relevan kerana topik yang dikeluarkan ikut fasa umur anak dan trend isu yang sedang berlaku di kalangan ibu bapa.
Konsisten tambah ilmu minggu demi minggu. Anda tak terasa berat dan tak terbeban kerana boleh belajar sedikit demi sedikit tapi beri impak besar dalam rutin harian.
Kami cuba sampaikan topik baru yang trending dan relevan seperti 'Speech Delay', 'Autism' dan bermacam-macam lagi yang saban hari menjadi kerisauan ibu bapa.

Tak perlu terus komit, tonton dulu episod percuma dan lihat sendiri kalau ini memang untuk anda.

14-Hari Jaminan Pulangan Wang

Langganan Infantalk direka khas untuk bantu anda faham anak dengan lebih jelas — dari isu tidur, tangisan, penyusuan, hinggalah ke pemakanan & perkembangan awal. Anda akan dapat akses kepada video-video berkualiti, panduan langkah demi langkah, dan sokongan komuniti ibu bapa lain yang sedang lalui cabaran sama.

Tapi, kalau selepas mendaftar anda rasa ia langsung tak membantu, email kami dengan 1 feedback ringkas (untuk penambahbaikan servis), dan kami akan pulangkan 100% bayaran anda.

SAYA NAK TAMBAH ILMU LAGI

FAQ

Q:

Bilakah episod baharu dikeluarkan?

A:

Episod baharu dikeluarkan setiap hari Ahad! Datang semula setiap minggu untuk konten segar yang penuh dengan tip pakar, panduan, dan ilmu keibubapaan yang boleh bantu anda dalam perjalanan sebagai ibu bapa.

Q:

Boleh tak saya langgan Infantalk hanya untuk sebulan?

A:

Boleh! Pelan langganan kami fleksibel dan ikut keperluan anda. Anda boleh langgan untuk satu bulan sahaja dan batalkan bila-bila masa selepas itu (Account -> Cancel Subscription). Walaupun sudah batalkan, anda masih boleh akses semua konten sehingga tarikh langganan anda tamat. Jadi, anda boleh nikmati konten kami ikut cara anda tanpa perlu komitmen jangka panjang.

Q:

Saya terlupa batalkan langganan dan sudah dicaj untuk tempoh seterusnya. Boleh minta bayaran balik?

A:

Kalau anda terlupa batalkan langganan dan telah dicaj untuk kitaran bayaran seterusnya, jangan risau—kami sedia bantu! Anda boleh mohon bayaran balik penuh untuk kitaran bayaran yang paling terkini sahaja, dan permintaan perlu dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh transaksi. Hubungi pasukan sokongan kami melalui email dan kami akan bantu secepat mungkin.

Q:

Boleh tak saya naik taraf langganan dari bulanan ke tahunan?

A:

Boleh, anda boleh naik taraf bila-bila masa. Caj akan dikenakan serta-merta berdasarkan jumlah masa yang tinggal dalam tempoh langganan semasa (caj prorata).

Langgan sekarang dan dapatkan akses penuh ke semua video

Recommended

Monthly

RM

19

  • All 46 episodes
  • Over 16 hours of video
  • 1 month access
Choose plan
Safe and Secure Checkout by Stripe

Jimat 26%

Yearly

RM

168

  • All 46 episodes
  • Over 16 hours of video
  • 365 days access
Choose plan
Safe and Secure Checkout by Stripe