Macam mana kita nak cuba ubah tabiat tidur anak kita yang menyusahkan? Contohnya seperti kena bertepuk dan berdodoi sepanjang malam, ataupun kena tawaf satu rumah baru dia boleh tidur, kepada cara tidur yang lebih mudah, contohnya seperti dia boleh golek-golek sendiri dan akhirnya tertidur.
Dalam video ni saya akan terangkan. Cuma video ni memang akan jadi agak panjang kerana sebolehnya saya nak cerita sedetail mungkin. Jadi jangan lupa save dulu video ni, like dan jangan lupa follow saya juga.
Disclaimer, cara yang saya share ni adalah sesuai untuk anak yang berusia 4 bulan dan ke atas. Untuk bayi 0 ke 3 bulan, tak boleh ikut cara ni tau, kena guna cara lain.
Yang pertama kita kena bina satu rutin tidur yang solid dan kita kena konsisten buat rutin tidur tersebut bersama-sama dengan anak setiap kali sebelum dia tidur.
Tujuan kita buat rutin tidur ni adalah sebab kita nak bagi cue dekat anak yang waktu tidur hampir tiba dan waktu tidur sudah tiba.
Kita kena faham yang otak anak ni mereka tak dapat proses benda yang tiba-tiba berlaku. Contohnya tengah seronok main, tiba-tiba kita ajak tidur. Jadi otak mereka ni kena sentiasa dalam mode in the know, maksudnya mereka kena sentiasa tahu what comes next.
Dan apabila mereka tahu apa yang akan berlaku selepas ini, maka akan jadi lebih mudah untuk mereka proses benda tersebut.
Rutin tidur yang solid pula bermaksud:
Rutin tidur tu mestilah terdiri daripada beberapa siri aktiviti yang age appropriate
Rutin tidur itu mestilah menenangkan dan menyeronokkan buat anak tu
Tabiat tidur yang kita nak ubah tak boleh jadi tabiat terakhir dalam rutin tidur
Contohnya, kalau kita nak ubah tabiat tidur anak yang memang dah biasa kena rock to sleep, maka kita tak boleh lah last sekali dalam rutin tidur punya aktiviti tu kita rock dia untuk dia tidur. Benda tu kita kena hapuskan daripada rutin tidur tersebut.
Kita mandikan dia
Lepas mandi tu, kita gosok gigi
Kita pakaikan dia diaper, pakai baju tidur
Habis dia pakai baju tidur, kita ajak dia bedtime story
So kalau untuk anak yang dah besar, yang dah boleh faham apa kita cakap, mungkin kita bolehlah ceritakan bedtime story yang panjang-panjang kan — “Pada suatu hari, sang kancil dengan buaya”, macam tu.
Tapi kalau anak tu baby, mungkin bedtime story tu dalam bentuk kita selak buku berwarna dekat dia. Gunakan buku yang sama. Lepas dah pakai baju semua, kita duduk sama-sama dengan dia, kita selak buku, tunjuk bird, cat, dog, macam tu sampai lah habis buku tu.
Bila dah habis buku, kita letak buku tu dekat tepi
Kita pasang lullaby
Lepas pasang lullaby, kita pun say goodnight dekat dia
Kita letak kat katil dia ataupun tempat tidur dia
Dan itulah rutin tidur dia.
Waktu malam: Yang paling ideal adalah antara 30 ke 40 minit sebelum waktu tidur
Waktu siang: Antara 10 minit sebelum waktu tidur
Rutin tidur siang ni, dia tidak perlu lah terlalu panjang dan macam-macam seperti rutin tidur malam.
So contoh untuk nap time siang punya rutin tidur:
Kalau kita dah nampak dia letih dan mengantuk, kita boleh terus angkat dia masuk bilik
Lepas tu mungkin kita boleh tutupkan langsir
Kita pun ambil buku dan selak-selak buku untuk dia
Dah habis selak buku tu, kita pun cakap, “Ok, ni waktu tidur”, dan letak dia dekat tempat tidur dia
Bila rutin tidur tu dah habis, kita dah letak dia dekat tempat tidur dia, dan kita pun kena buat apa?
Kita kena tinggalkan dia, tapi janganlah takut tinggalkan. Dekat sini, maksud saya bukanlah kita kena biarkan sahaja dia, tapi kita observe dari jauh.
Tapi yang pentingnya dekat sini, nak bagitahu kita kena wajib sediakan dulu tempat tidur, persekitaran tidur yang selamat untuk dia. Maksudnya, persekitaran tidur anak tu kita kena pastikan bebas daripada risiko jatuh, risiko lemas.
Jadi tempat tidur anak ni memang kena kosong dan lapang sahaja. Kalau dia tidur dekat dalam baby cot dan kalau dia tidur dekat katil dewasa sama-sama dengan kita, so memang kita kena pasang border ke apa-apa supaya anak tu tak terjatuh.
So dah habis dah rutin tidur yang pertama tadi tu, yang kedua, masuklah kepada proses nesting.
Nesting ni pula, kita bagi dia peluang untuk dia explore, meneroka cara macam mana nak self-soothe tu. Kita jangan masuk campur, kita biarkan sahaja, kita cuma observe sahaja dari jauh.
Tapi once anak menangis, kita boleh segera masuk dalam dan bantu dia.
Mesej yang kita nak sampaikan dekat anak pada waktu ini adalah:
Sekarang ni, mummy atau daddy nak ajar you cara baru untuk tidur. So sekarang kita sama-sama explore cara baru. Tapi if you need help, mummy ada, mummy akan datang bantu.
Bila mummy atau daddy dah masuk untuk bantu dia, jangan terus angkat. Tapi sebaliknya, duduk dulu dekat sebelah dia ataupun katil dia kalau dia duduk dalam baby cot, dan offer bantuan secara contactless dulu.
Langkah 1: Bunyi “Shhh” - Cuba pujuk dia atau tenangkan dia dengan buat bunyi shhhhhhh. ➡️ 5 saat je
Kalau selepas 5 saat, dia masih lagi tak berjaya bertenang…
Langkah 2: Tepuk Tilam - Tepuk tilam dekat sebelah dia, just tepuk-tepuk-tepuk je. ➡️ 5 saat je
Kalau masih tak berjaya bertenang…
Langkah 3: Usap Dada - Offer bantuan secara contact. Boleh usap dada dia, tak payah lama-lama. ➡️ 5 saat je
Kalau masih tak berjaya diam…
Langkah 4: Tepuk Punggung - Boleh tepuk punggung dia, sama juga. ➡️ 5 saat je
Kalau masih tak diam juga…
Langkah 5: Usap Belakang - Boleh usap belakang dia ➡️ 5 saat je
Jumlah keseluruhan waktu bantuan: 25 saat
Lepas 25 Saat Masih Menangis? Maka kita boleh je angkat dia secara menegak dan cubalah pujuk dia.
Mummies and daddies, dekat sini ada 2 pilihan:
Pilihan 1: Sambung Latihan
Kalau rasa macam nak sambung latihan untuk kali yang kedua, letaklah dia dekat katil semula, dan kita pun pergi tinggalkan dia semula macam tadi, dan masuk untuk ulang respon pada dia kalau dia menangis.
➡️ Ulang-ulang lah buat macam tu
Pilihan 2: Tamat Sesi Hari Ini
Kalau rasa macam, ok cukup setakat ini — selepas dah angkat dia tu, boleh lah sambung next sleep time.
Kalau waktu tu buat waktu malam, maksudnya sambung esok
Kalau waktu tu buat masa nap pertama, maksudnya sambung lah pada nap yang kedua
Tapi bila nak berhenti, boleh tidurkan dia macam yang dia biasa ditidurkan dulu. Kalau dia memang nak tidur dengan cara berdodoi, takpe, dodoilah dia dulu.
Kita kena faham, dekat sini, nak ubah tabiat tidur anak ni bukan ambil masa yang sekejap. Kita memang kena berusaha ulang-ulang kali bantu dia.
➡️ At least 2 ke 4 minggu, kalau kita buat secara konsisten.
Yang penting konsisten dulu, sebab 2 key element untuk berjaya ubah tabiat tidur anak ni:
Konsistensi
Predictability
Konsistenlah buat sleep routine
Konsistenlah setiap kali letak dia, kita keluar
Cara nak respond bila dia menangis pun, kita konsisten respond dengan cara yang sama
Bila kita konsisten buat macam tu, lama-lama anak akan dapat predict:
Lepas ni akan jadi apa?
Lepas ni akan buat apa?
Kalau dia menangis, cara mak respond tu akan jadi macam mana?
So lama-kelamaan, bila dia dah faham, dia dah dapat predict, maka dia pun akan jadi lebih bertenang, dan dia pun akan faham:
Untuk tidur, inilah gayanya.
Saya harap explanation saya ni membantu. Boleh cuba dulu buat macam apa yang saya bagitahu ni.
Tapi kalau rasa macam tetap juga susah, tetap juga perlukan bantuan extra — jangan malu, jangan segan, boleh hubungi saya sebab saya juga buat consultation one-to-one dengan parents.