Tanda Bayi Tidak Lapar

Bila kita cuba kasi breast, kasi susu, kenapa macam main-main, marah-marah, gigit lepas, gigit lepas padahal tadi macam nak susu sangat? Jawapan dari sudut bidang tangisan bayi, kalau anda dah cuba bagi susu, tak kisahlah botol ke, direct ke, tapi baby macam marah-marah, ambil puting lepas, ambil puting lepas banyak kali nampak sangat dia tak nak ambil susu tu, ketahuilah ia bermaksud bayi tak lapar, bayi hanya mahu ditenangkan tapi dia tak nak ditenangkan dengan susu.

Sejak Dalam Rahim Lagi

Ok macam ni eh, dekat dalam rahim dulu setuju tak anak-anak kita dah start hisap jari sejak daripada dalam rahim, saya tahu some of you ada pun ultrasound anak-anak sedang hisap jari waktu dalam perut dulu, so maksudnya apa? Kita tahu anak kita dah belajar menghisap sejak dari dalam rahim. Bila anak kita duduk dekat dalam rahim, dia akan berlipat dua, ok so bila dia berlipat dua, tangan dia ni akan ada dekat depan muka dia, so dekat luar ni ada dinding rahim. So dinding rahim tu dah jadi macam envelope untuk kekalkan tangan tu depan muka, jadi menyebabkan bayi senang nak hisap jari dia.

Kenapa Bayi Hisap Jari?

So sekarang ni soalan saya, kenapa agak-agak alam, nature, Allah, Tuhan menjadikan dan membolehkan bayi-bayi dalam perut ni dia hisap jari dia? Untuk apa hisap jari tu? Reason utama Tuhan, alam, nature suruh bayi hisap jari dalam perut, sebab nak practice makan guna mulut. Ok sebab dekat dalam rahim bayi makan guna apa? Waktu dalam perut dulu, bayi kenyang dapat makanan ikut apa? Siapa boleh jawab? Tali pusat, oh laju dah jawab kan?

Latihan Makan dan Kesan Sampingan

Bayi tidak perlu makan gunakan mulut, dia tahu-tahu je dah kenyang, tahu-tahu je dah masuk, imagine macam orang yang sakit makan ikut tiub, tahu-tahu dah kenyang macam tu lah, dia tak payah buat kerja apa-apa pun, tak payah minta pun, tak payah nak hisap pun. So sekarang ni bila lahir nanti dia dah tak boleh dah makan ikut tali pusat, dia kena makan ikut mulut, sebab tu Allah, Tuhan, nature suruh practice. Kalau tak practice tak tahu buat, sebab tak ada rangsangan dekat kawasan mulut, rahang dan sebagainya. So nak practice guna apa? Guna jari yang depan muka tu. So tujuan utama untuk practice supaya anak kita tahu makan di dunia nanti. Breastfeed ke, bottle ke, tak kisahlah yang penting dia tahu lah, syringe ke, sudu ke, dia mesti tahu gerak ni.

Nikmat Hisap Tanpa Susu

So side effect dia, dia punya bonus dia, yes dia tahu bertenang. Kenapa dia boleh bertenang? Sebab jari ni tak keluarkan susu, betul tak? Jari tak keluarkan susu, jadi baby dah kenal nikmat menghisap kosong-kosong tanpa susu sejak daripada dalam rahim.

Kenapa Bayi Marah Bila Disusukan

Itulah puncanya bila dia lahir, kalau dia cuma nak bertenang je, sebab kita dah cakap tadi kan dia nangis bukan sebab lapar je betul tak? Dia letih pun dia nangis, dia nak burp pun dia nangis juga, dia tak selesa nappy dia kotor pun dia nangis juga. Jadi kalau dia nangis tu bukan sebab lapar, sebab yang lain-lain lah, tiba-tiba kita suruh juga dia bagi minum susu, kita sumbat juga kat breast kita, maka dia akan marah sebab breast ni kalau dihisap dia akan keluarkan susu. Jadi baby ni dia akan buat aksi main tarik lepas-tarik lepas tu sebab dia nak hisap tapi dia tak nak susu tu.

Bayi Keliru Antara Tenang dan Susu

Yang ni selalu saya kena berlakon sikit lah. So sekarang baby nangis, lepas tu mak tak tahu cara lain, tak pergi lagi kelas Puan Uswatun tu, so tak tahu nak tenangkan baby macam mana. Ok takpelah kita sumbat je susu, kita sumbatlah breast kita, so baby akan ambil sebab dia rasa macam hmm this is nice dapat hisap, dapat dekat dengan mak, bau mak, bau badan mak kan baby suka sebenarnya dekat dengan kita ni, hisap sikit tiba-tiba, I say man susu ni keluar, dia dah start tak suka dah. Suruh macam hmm tak nak susu, tak nak susu, hisap tu saya nak, dekat dengan mak tu saya nak, tapi yang susu tu saya tak nak.

Akhirnya Bayi Marah-Marah

Tapi kalau saya tak ambil, saya langsung tak bertenang, kalau saya remove diri saya daripada mak, then there’s nothing else for me untuk bertenang. Takpelah ambil lah lagi, alah keluar lagi, dia marah lagi, ambil lah, tapi dia keluar lagi, macam ni, macam ni, macam tu. So that’s why you nampak kelakuan tu buat baby marah-marah ketika cuba disusukan. Makan ni maksudnya minum susu lah untuk baby kecil adalah sejenis pekerjaan kan, mungkin dah belajar dah semalam kan. Nak latch pun ada pekerjaan dia, lepas tu nak kawal susu tu, nak bernafas dalam masa yang sama, so dia memerlukan baby alert sedangkan baby ni tak lapar, contoh dia nak tidur sahaja, tiba-tiba sekarang dia kena buat kerja, makan pula. Alamak macam mana nak relaks ni, sebab tu dia, some baby eh, bukan semua, some baby dia akan marah-marah lah.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing