Kalau anda ada bayi 6 bulan dan setiap malam masih lagi bangun menyusu setiap 1 jam saya ada mesej untuk anda.
Sebenarnya kan bayi yang masih perlu bangun menyusu setiap jam ni hanyalah bayi newborn. Maksudnya bayi yang berusia baru lahir, sebulan, dua bulan. Sebab apa? Sebab perut mereka masih lagi saiz yang sangat kecil. Jadi memang logik lah mereka perlu bangun setiap jam untuk menyusu.
Lagi pun susu ibu mudah hadam dan circadian rhythm mereka juga masih belum matang. Ini bermaksud mereka masih belum kenal siang dan malam dan pola tidur bayi newborn ni memang pendek-pendek pattern tidurnya. Paling lama pun memang dalam 2 jam macam tu sahaja dan pasti mereka akan terjaga.
Tapi bila bayi dah 6 bulan, perut mereka dah makin membesar. Jadi mereka dapat kapasiti susu yang lebih besarlah kuantitinya. Maka mereka sepatutnya memang mampu untuk tahan lapar dengan lebih lama dan tidur lebih panjang.
Bukan itu sahaja, circadian rhythm mereka juga sudah matang apabila memasuki usia 3 bulan dan ke atas. Jadi mereka memang dah mampu untuk tidur dengan tempoh yang lebih panjang di waktu malam.
Menurut beberapa sumber seperti Baby Sleep Site dan juga Baby Sleep Signs, pada usia 6 bulan dan ke atas, bayi memang sudah mampu rata-ratanya tidur lebih kurang 5 jam ke atas pada waktu malam.
Dekat sini kita boleh nampak yang tidur tu sememangnya merupakan satu milestone development. Maksudnya makin mereka besar, makin mereka mampu untuk tidur dengan lebih panjang pada waktu malam.
Persoalan dia dekat sini, kenapa masih ada bayi yang berusia 6 bulan tapi tetap juga bangun setiap jam untuk menyusu macam bayi newborn?
Jawapannya bukan kerana mereka lapar tapi sebab menyusu untuk tidur itu adalah satu-satunya cara nak tidur yang mereka tahu. Jadi mereka dah tak tahu nak buat benda lain dah. Untuk tidur mesti kena menyusu.
Maka setiap kali terjaga mereka akan cari semula cara untuk tidur tersebut itu. Inilah yang kita panggil sleep dependency ataupun sleep association.
Persoalannya lagi, kenapa bayi ini bangun setiap 1 jam? Ini kerana kitaran tidur bayi kecil adalah sekitar 45 ke 50 minit sahaja iaitu lebih kurang 1 jam.
Dan dalam kitaran tidur baby ada fasa REM, ada fasa NREM dan fasa ini baby akan sentiasa membuat transition di dalam satu kitaran tidur.
Melalui fasa-fasa inilah dan di penghujung satu kitaran tidur itu akan ada brief awakening — baby akan tersedar seketika.
Dan disebabkan baby ini hanya kenal menyusu sahaja sebagai cara untuk masuk tidur, maka setiap kali berlakunya brief awakening dan dia nak masuk kitaran baru, dia akan terjaga dan mencari semula susu sebab dia nak masuk tidur.
Inilah jawapannya kenapa ada sesetengah bayi yang masih lagi berjaga setiap 1 jam walaupun dia dah besar dan seolah-olah macam mencari-cari susu seperti lapar.
Tapi ibu-ibu semua tak perlulah terlalu risau. Sebab jika anda memang enjoy sahaja perjalanan breastfeeding ini, enjoy sahaja menyusukan anak sepanjang malam — tak ada masalah, boleh sahaja teruskan.
Namun kalau anda rasa macam dah terlalu penat, nak rehat pun dah tak boleh, badan semua dah sakit-sakit dan anda rasa macam nak cari cara lain untuk tidurkan anak dengan lebih baik, maka tak salah juga untuk anda mengajar anak itu untuk belajar tabiat tidur lain untuk tidur selain daripada mencari susu.
So bayi dapat tidur dengan berkualiti, ibu pun dapat rehat juga.
Kalau nak tahu macam mana caranya untuk kita ubah tabiat tidur anak ini, boleh rujuk video ni sebab dekat dalam video ni saya dah bagi penerangan yang panjang lebar.
Tapi kalau ibu rasa macam masih struggle juga untuk ajar anak tidur, boleh klik link ini dan hubungi saya untuk consultation one-to-one.