Syarat utama yang melayakkan seseorang anak itu di sleep training adalah usianya. Ramai pakar dalam dunia ni bersetuju sleep training paling awal sesuai dilakukan ke atas bayi berusia 4 bulan mengikut tarikh EDD, tarikh patut lahir, tarikh jangkaan lahir sebab itu adalah usia sebenar anak kita.
Maksudnya jika anak anda dah masuk 4 bulan dah boleh dah buat sleep training walaupun ketika itu anak anda masih lagi berbedung. Cuma bila anak itu masih berbedung memang ada sedikit modifikasi dalam step sleep training yang perlu dibuat.
Ok secara ringkas bila kita nak sleep training anak, step pertama adalah kita buat sleep rutin, rutin tidur. Apa itu rutin tidur? Adalah siri aktiviti yang kita buat lebih kurang 10-15 minit sebelum kita letak anak di katil atau tempat tidurnya.
Contoh siri aktiviti seperti kita susukan anak, tukar lampin, baca doa tidur, cium dan letak anak ke tempat tidur atau katilnya.
Selesai sleep rutin atau rutin tidur ini kita nak move kepada step kedua, langkah kedua iaitu nesting. Nesting adalah proses anak relakskan diri cari mood untuk dapat masuk tidur.
Seperti kita orang dewasa bila kita panjat katil kita buat apa? Untuk cari mood masuk tidur. Kita akan baca buku, ada orang dia akan berzikir, baca doa tidur, tengok telefon, borak-borak dengan husband, tengok TV sampai terlelap, betul tak?
Jadi anak kecil pun ada nesting. So contoh nesting anak kecil dia berbeza sikit lah daripada orang tua. Contohnya seperti dia main rambut, hisap jari, membebel, humming, bergolek-golek itu adalah contoh-contoh nesting budak kecil.
Ok, dekat sinilah yang problem sedikit yang menjadi kebuntuan kepada parents yang anak masih berbedung. Waktu saya letak anak untuk nesting tu, saya nak kena bedung siap-siap ataupun jangan bedung dulu? Ok, dekat sini ada 3 option.
Option pertama, jika anak anda suka nesting dalam keadaan bedung, anda boleh bedung anak siap-siap waktu nak letak dia untuk proses nesting. Yang ini saya tak boleh tolong decide untuk parents semua, parents yang kena test sendiri dekat anak.
Contohnya hari ini nak buat sleep training, cuba letak anak dalam keadaan berbedung dan tengok dia happy ataupun tak.
Kalau nampak anak tak happy macam “Mummy, saya nak hisap jari saya ni, itu cara saya nak relakskan diri untuk masuk tidur, tapi kenapa Mummy ikat tangan saya dengan bedung?” So, kita boleh nampak dia struggle ataupun anak-anak yang “Mummy, saya nak cuba belajar golek-golek ni, angkat-angkat kaki saya, angkat-angkat punggung saya, tapi kenapa Mummy ikat saya dengan bedung?” Kita akan nampak dia struggle, maka kita boleh dapat idea anak ni tak suka nesting dalam keadaan bedung. So, kalau dia tak suka, kita pergi kepada option kedua.
Option kedua, tak perlu bedung anak. Biarkan saja anak happily nesting dalam keadaan tak berbedung.
So, bila tak berbedung ni, kita faham-faham je lah kan. Adalah chances anak tu akan tertiarap. Dah tertiarap, confirm kepada anak-anak yang tak suka meniarap lama-lama, dia akan jerit lah panggil kita.
Dia jerit panggil kita tu bukan sebab dia dah letih nak tidur, tapi sebab dia letih tertiarap. Dia minta tolong, “Tolong, tolong, terlentangkan saya balik, sakit dada saya ni.” Lebih kurang macam tu lah.
So, untuk option kedua ni, apa yang parents perlu buat? Bila anak menjerit minta tolong terlentangkan, kita datang, terlentangkan dia, lepas tu kita tinggalkan dia balik. Kalau dia tertiarap balik, kita tolong terlentang lagi, lepas tu kita tinggalkan dia lagi. Kita ulang-ulang macam tu lah. Ini option kedua.
Option ketiga adalah untuk anak-anak yang tak suka option pertama dan tak suka option kedua. Dua-dua dia tak suka. Iaitu anak-anak yang tak suka bedung semasa nesting dan anak-anak yang tak enjoy meniarap.
Kalau tertiarap je, confirm sepantas kilat dia panggil orang menjerit minta tolong. Kita dah tolong terlentangkan, sekejap lagi dia tertiarap lagi, secepat itulah juga dia menjerit minta tolong. Dia punya tak happy meniarap, ada anak-anak yang macam ni.
So, mak ni pun pening. Kan, kita baru je tolong terlentangkan dia, kita tak sempat lagi keluar bilik, dah tertiarap balik, menjerit balik.
Macam mana puan? Kalau dalam kes yang macam ni, kita nasihatkan, tangguhkan lah dulu sleep training tu. Tunggu sehingga anak telah mahir sepenuhnya meniarap dan terlentang dengan sendiri. Dia boleh buat sendiri. Terlentang, tiarap, terlentang, tiarap.
Maka waktu tu barulah kita boleh mulakan semula sleep training kita yang tertangguh.