Sokongan Bukan Tanda Gagal

Parents, jangan pernah ada rasa loser, rasa lembik, rasa manja hanya kerana anda perlu menggunakan buai, puting ataupun sebarang alat-alat ataupun bantuan untuk mudahkan tugas anda tenang dan tidurkan anak.

Sekuat macam mana pun kita berusaha, kita tak akan boleh menyamai — apa lagi nak mengatasi, nak mengalahkan — ibu pertama semua anak-anak kita iaitu ibu rahim.

Ibu Rahim: Pelukan Pertama Bayi

Rahim dah peluk anak kita sembilan bulan, satu saat pun tak lepaskan anak kita.

Bunyi rahim tu dah berbunyi teman anak kita setiap saat – masa anak kita tidur, masa anak kita bangun, anak kita happy, anak kita sedih. Dia dah hayun anak kita sepanjang sembilan bulan tak berhenti. Itu rahim.

Tapi…

Rahim tak ada mental, tak ada emosi, tak perlu berhenti untuk tidur, untuk makan, untuk pergi toilet, untuk berehat.

Tak perlu berhenti tinggalkan anak untuk pergi kerja, tak perlu jaga anak-anak lain, tak perlu hantar anak pergi sekolah, tak perlu buat urusan-urusan hidup lain, tak perlu nak fikirkan masalah-masalah hidup dan dunia.

Kita Bukan Rahim. Kita Manusia

Kita perlu buat semua tu.

Maka kita tak boleh nak lawan rahim, nak menyamai rahim dalam masa yang sama kita dituntut untuk buat semua benda tu.

Impossible!

Kita mengguna alat-alat, terima bantuan daripada orang – itu bukan tanda kita lemah. Itu tanda kita manusia normal.

Jangan Bandingkan, Itu Rezeki

Untuk parents yang tak perlu guna macam-macam alat lah nak tenang dan tidurkan anak, tak perlu banyak bantuan orang lain – anda bukan kuat, anda cuma bernasib baik.

Contohnya:

Allah ataupun Tuhan rezekikan anda dengan anak yang easygoing.

Anda mungkin direzekikan dengan pasangan yang memahami.

Anda mungkin direzekikan dengan duduk berdekatan dengan keluarga dan support sistem.

Anda mungkin direzekikan dengan mental dan emosi yang kuat.

Itu rezeki.

Kita Sama-sama Penat, Sama-sama Perlu Sokong

Jadi jangan pandai-pandai nak mengata orang, nak mengutuk, nak memandang rendah, kerana apa yang anda miliki itu rezeki.

Kita sesama parents ni kena saling menguatkan parents, bukan saling menjatuhkan.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing