Biasanya untuk situasi anak terjaga malam dan segar bugar susah nak tidur balik, kita kena tengok balik jadual tidur secara keseluruhan. Pukul berapa dia bangun tidur dan berapakah duration nap dia. Biasanya kalau anak segar bugar, antara kemungkinan yang menyebabkan perkara tersebut terjadi adalah nap dia memang cukup tapi terlebih daripada cukup. Patutnya dia kena tidur 2-3 jam sahaja tapi mungkin dia tidur terlebih. Itu yang menyebabkan anak itu dah jadi cukup kuota tidur dia dan malam itu dia akan bangun dengan lebih awal untuk main.
Atau boleh jadi juga mungkin dia punya bedtime dia itu terlalu awal juga. Jadi dekat sini memang puan kena tengok balik jadual dia secara keseluruhan itu macam mana.
Satu tip yang saya boleh bagi untuk anak yang macam terbangun dan kemudian terus nak ajak main ni kan, ok. Apa yang kita boleh buat adalah bila waktu malam kita kena pastikan environment tidur anak itu memang waktu malam punya environment lah. Ok kita panggil dia sebagai dark mode.
So dalam dark mode ni, pastikan everything memang gelap, takde banyak bunyi. Kalau dia terbangun pukul 2-3 pagi, nak main tu pun, ok kita jangan berinteraksi sangat dengan dia. Ok kita biarkan saja dia baring dekat tempat tidur dia, kalau dia tak menangis lah. Ok kita biarkan sahaja.
Dan kalau kita tidurkan dia dengan kita guna sleep sound kan contohnya, kita memang sebut “shhh” untuk tidurkan dia dan dia faham bunyi itu adalah bunyi tidur. So setiap kali dia bangun waktu malam tu, kita just sebut “shhh” macam tu je. Kita tak payah bercakap-cakap dengan dia macam, “Eh kenapa tak nak tidur ni, kenapa nak main ni?” atau “Tidurlah, mak dah letih ni.”
Sebab bila kita bercakap-cakap macam tu, dia akan ingat yang “Ok ni memang time bagus sebab mak tengah bercakap-cakap dengan dia.” So just maintain sahaja keadaan dark mode tu. Ok bilik gelap, suasana sunyi and then kita keep on cakap “shhh” dekat dia. Tak perlulah nak berinteraksi sangat dengan dia. Nanti lama kelamaan dia akan faham dan dia akan mula tidur lah, takde lah dia bangun dan nak ajak main.