Taktik-Taktik Biasa Yang Digunakan

Sebahagian parents ada cuba taktik nak cerai mengempeng, gantikan mengempeng itu dengan beri anak hisap puting, pacifier.

Ada juga yang guna taktik gantikan mengempeng itu dengan kasi anak hisap botol susu, misalnya suruh ayah kepada anak yang berikan botol susu untuk ganti acara tidur mengempeng.

Ada juga yang gantikan dengan berikan air coklat ataupun air sirap letak dalam botol susu untuk anak minum, gantikan acara mengempeng untuk masuk tidur. Dan hari ini saya bagi tahu kenapa semua ini tidak akan berjaya mencerai mengempeng.

Apa Maksud Mengempeng Sebenarnya?

First, kita kena jelas dengan maksud mengempeng.

Mengempeng adalah aksi anak-anak nak terus menghisap, melekat, menempel di payudara ibu semata-mata untuk rasa tenang.

Dia bukannya lapar, bukannya nak susu.

Saja je nak ada rasa hisap-hisap untuk dia boleh terlelap dan maintain lelap.

Maintain lelap itu maksudnya sebahagian besar anak walaupun dah terlelap, dia expect masih rasa breast mark dalam mulut dia.

Kalau breast mark dah terlepas, dia akan terjaga, cari balik berulang kali.

Itu maksud asal mengempeng.

Kenapa Cubaan Ganti Dengan Minuman atau Botol Tak Menjadi

So, dengar tak tadi saya sebut anak yang mengempeng ni cuma nak rasa relax sahaja, bukannya lapar pun, tak nak pun susu tu.

Itu punca jika anda cuba ganti tabiat mengempeng dengan ganti air coklat, air sirap, ganti susu formula takkan jadi sebab ini bukan soal nak minum apa atau nak minum dari mana.

Pacifier Pun Tak Sama

Yang cuba-cuba ganti mengempeng dengan pacifier pula, anda kena tahu mengempeng ni dia bukan sekadar dapat menghisap sahaja.

Mengempeng datang sekali dengan pakej berada dekat dengan ibu, rasa hangat badan ibu, bau susu ibu, dengar heartbeat ibu, dengar pernafasan ibu, suara ibu, benda-benda yang anak tak dapat jika kita cuba nak ambil satu puting, pap masuk dalam mulut dia.

Memang tak jadi.

Satu-Satunya Cara: Ajar Anak Tidur Sendiri

Ada satu sahaja cara, tak ada cara lain eh untuk ajar anak pandai tidur sendiri tanpa harap bantuan mak.

Antaranya tanpa mengharapkan kena mengempeng je setiap masa.

Iaitu, ajarkan anak-anak yang tak tahu buat ini, tak tahu tidur tanpa bantuan ini, cuba untuk masuk tidur secara berdikari.

Buat sendiri daripada awal iaitu daripada mata celik sampai dia rasa relax, sampai dia terlelap.

Kalau dia terjaga waktu malam, macam mana dia nak tenangkan diri sendiri.

Ini semua kita kena ajar kepada anak baru dia boleh buat, baru dia tahu buat.

Dan keseluruhan ilmu ini kita panggil sebagai sleep training.

Sleep Training Itu Ilmu, Bukan Shortcut

Kalau kita nak anak kita pandai sesuatu tapi kita tak nak ajar ilmu yang lengkap, tunjuk cara, step by step cara nak buat, memang anak tak tahu buat.

Sleep training bukan susah sangat, dia hanya perlukan konsistensi dan kesabaran mak untuk ajar.

Ramai dah berjaya, jadi jangan guna cara shortcut, tidak ada kejayaan apa-apa dalam dunia ini dengan ambil jalan singkat.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 8 episod percuma.

View plans and pricing