Okay parents, oleh kerana ramai yang tanya soalan ni—macam mana nak tidurkan baby lepas baby dah menangis sebab overtired? So, jom saya terangkan.
Jadi langkah pertama yang parents kena buat kalau baby dah mula menangis dan mengamuk sebab overtired, kerana dia nak tidur tapi tak boleh, ialah yang pertama, langkah yang paling penting tapi ramai yang tak nak buat ialah bedungkan baby dengan kemas.
Yang kedua, pegang baby dengan apa yang kita panggil sebagai reverse breast feeding position ataupun side stomach position macam ni.
Hayun sambil buat bunyi ‘shhhhhh’. Pastikan anda buat semua step ni dalam keadaan anda sedang berdiri.
Semakin kuat baby menangis, semakin kuat anda perlu berhayun, maksudnya semakin energetic anda perlu berhayun. Dan juga anda punya shushing sound tu, “shhhhhh” perlu juga semakin kuat. Bila baby dah semakin tenang, dah semakin perlahan dan berhenti menangis, anda pun boleh perlahankan hayunan dan lembutkan lah sikit bunyi shushing sound tu, “shhhh”.
Tapi misal kata kalau baby anda masih menangis walaupun anda dah pegang dia dalam reverse breast feeding position macam ni, dah berhayunan “shhhhhh” macam ni dalam keadaan berdiri, langkah seterusnya ialah standby puting, kalau siapa yang baby dia memang hisap puting, so you standby puting. Kalau yang tak bagi puting, standby untuk susukan baby tu untuk bagi dia tenang. Sebab comfort suckling juga adalah salah satu cara untuk bagi baby tenang. Tapi langkah-langkah yang saya tunjuk tadi tu wajib buat dulu, semua langkah ni jangan skip step.
Jadi kesimpulannya, ada 5 step semuanya untuk bagi baby yang sedang overtired bertenang:
Bedung dengan kemas
Side stomach position dalam keadaan berdiri
Shushing — “shhhh”
Swinging — hayunan perlahan atau kuat ikut tangisan
Suckling — sama ada guna puting atau menyusu
Okay, so inilah apa yang kita panggil sebagai teknik 5S ataupun teknik Cuddle Cure.
Apa yang paling penting untuk buat teknik ni ialah: jangan skip step. Buat dari step pertama.
Bila baby dah bertenang, dah berhenti menangis, dah mamai semula, barulah parents boleh tidurkan baby.
Dan cara nak tidurkan baby pun ada dia punya langkah-langkah dia. Dan oleh kerana video ni dah panjang, so kita sambung bahagian kedua.