Punca utama tidak dibenarkan memukul anak-anak kecil, terutamanya di bawah usia 1 hingga 6 tahun, walaupun pukulan tersebut tidak menyakitkan, tidak mencederakan, adalah kerana anak-anak di usia ini adalah dalam usia kuat meniru perbuatan atau percakapan orang.
Kalau ikut ilmu Mat Saleh, ilmu orang putih, mereka menyokong kenyataan ini atas alasan anak-anak kecil terutamanya memiliki apa yang kita panggil sebagai ‘mirror neurons’. ‘Neuron’ adalah sel otak, ‘mirror’ adalah cermin. So ‘mirror neurons’ paling mudah diaktifkan untuk meniru apa-apa yang anak lihat dan dengar walaupun anak tak faham.
Dari sudut agama Islam pula, kita semua tahu anak-anak di bawah usia 7 tahun ini adalah anak-anak yang belum mumaiyiz, anak-anak yang belum boleh membezakan apa yang betul, apa yang salah, apa yang baik, apa yang buruk.
Jadi, untuk mereka yang tak tahu apa-apa pasal dunia ini, ada satu cara sahaja mereka nak belajar tentang dunia, tentang manusia, cara dunia ini berfungsi, iaitu dengan melihat dan tiru.
Itulah punca tak boleh pukul anak-anak kecil terutamanya 1 hingga 6 tahun yang belum mumaiyiz, walaupun tidak menyakitkan, kerana kita dah tahu mereka ni dalam fasa tiru je — elok ke, tak elok ke, tiru je.
Yang kedua, agama juga telah memberitahu mereka ni adalah budak-budak yang tak tahu benda tu salah, benda tu elok, dia tak tahu. Jadi, layakkah kita menggunakan kekerasan ke atas orang yang tidak ada kapasiti akal untuk membezakan apa yang salah, apa yang betul?
Dalam proses anak nak belajar jadi manusia, mereka akan buat banyak salah, banyak silap, banyak terlupa. So, kalau setiap kali mereka silap, salah, lupa dan makanan mereka adalah kena cubit, kena pukul, kena tendang, maka apa yang mereka belajar?
No. 1: mereka akan anggap, “hmm, ini normal lah ni, memang macam ni lah, ini biasa je ni.”
No. 2: anak-anak yang sentiasa dibetulkan kelakuannya dengan kekerasan, mereka tidak ditunjukkan cara sebenar untuk berbuat sesuatu yang betul tu macam mana.
No. 3: mereka melihat contoh orang yang tidak ada coping mekanism, orang yang tidak tahu untuk deal dengan perasaan marah dengan silap yang ada depan mata tu selain guna kekerasan.
So, all these three akan membuatkan anak yakin inilah cara yang betul, dan mereka akan mula me-aplikasi kepada orang lain — contohnya adik ataupun kawan-kawan — sebab apa yang anak tengok, itulah yang anak akan tiru.
Saya tahu mesti ada yang kata, “eh, habis tu Islam kasi je pukul anak,” dan orang akan selalu refer kepada kebenaran memukul anak bagi tujuan mendidik, bukan sampai menyakitkan, jika anak masih berdegil untuk solat bila menjelang usia 10 tahun.
Dekat situ, ada satu information yang penting iaitu usia 10 tahun.
Sejak daripada awal video ini, saya telah tekankan tidak boleh pukul anak, tak kisahlah walaupun tidak menyakitkan kerana usia anak-anak yang kita sebut dalam video ini adalah anak-anak kecil — 1 hingga 6 tahun — belum mumaiyiz pun. Mumaiyiz ni usia lebih kurang 7 hingga 9 tahun.
10 tahun ni special sikit sebab 10 tahun ini adalah usia terawal kanak-kanak boleh mencapai puberty, akil baligh. So, mereka telah boleh bertanggungjawab, dipertanggungjawabkan ke atas tindakan mereka. Dah ada apply konsep dosa pahala pun kepada mereka seperti mana yang di-apply kepada orang dewasa macam kita.
Dan hal ini disokong oleh fakta saintifik yang menyatakan anak-anak di usia 10 tahun ini adalah anak-anak yang sedang berkembang sebagai orang dewasa, dan mereka mempunyai kemahiran kognitif memahami perspektif orang.
Contohnya, kalau mak pukul, ayah pukul, walaupun tak menyakitkan, tapi anak faham maksud di sebalik tindakan tersebut. Dia faham pukulan ni walaupun tak sakit tapi ia masuk ke dalam hati mereka sebagai “Mama dan Abah serious, kita tegur awak ni sebab awak tak solat, tapi kita juga bukan nak cederakan awak.”
Dia faham maksud tu — maksud yang tidak boleh difahami oleh anak-anak di bawah usia 10 tahun sebab tak ada kemahiran otak yang macam budak 10 tahun dan ke atas ni.
So, kesimpulannya, kita tidak boleh bersetuju dengan mana-mana pendapat yang mengatakan ok pukul je budak-budak, biasa lah tu, orang Asia, orang Malaysia memang macam ni cara, Ini bukan soal Asia ke, Malaysia ke. Perkara itu tidak ada kebaikan dari mana-mana bidang. Dalam bidang Islam pun tak approve. Dalam bidang sains pun tak approve. Maka apa kebaikan kita meneruskan perkara tersebut?
Dan saya tahu susah untuk kita berubah, betul. Saya pun pernah pukul anak, pernah jerit anak. Kita semua memang macam tu. Kita manusia biasa. So jangan harapkan kesempurnaan. Bukan target kita 0 pukul, 0 jerit, 0 cubit.
Bukan.
Tujuan saya buat video ni adalah untuk kita cuba kurangkan. Jangan sampai pukul, cubit, tendang tu jadi amalan kita. Jadi makanan harian anak-anak kita sebab kita rasa memang macam tu cara yang betul.
Sebelum saya berakhir, ingat satu fakta penting: otak anak-anak berkembang sangat pesat, terutamanya pada 5 tahun yang pertama, dengan 90% daripada development itu ambil tempat di usia ini. Selepas usia 5 tahun, tidak ada lagi perkembangan yang sepesat ini di mana-mana usia anak kita membesar.
Dan antara reason perkembangan itu jadi sangat pesat pada 5 tahun pertama kerana waktu inilah brain architecture anak dibina. Brain architecture tu saya boleh analogikan seperti kita membina struktur asas rumah. So kita start akan letak palang-palang, ceracak dan sebagainya sebelum akhirnya kita perlahan-lahan bina dinding, cat, hias rumah dengan perabot-perabot yang fancy, yang cantik.
Tak ada gunanya cat yang cantik, hiasan yang fancy kalau struktur asas rumah tersebut sudah bermasalah sejak daripada awal. Masalah tetap akan muncul di kemudian hari.
Macam itulah juga dengan brain structure anak. Jika brain structure-nya sudah problem, anak akan membawa parutnya sehingga ke besar.
Orang kita suka sebut adalah: “kita dulu ni pun produk dijerit juga, produk dicubit, produk ditengking, elok je membesar. Kahwin je, beranak pinak je, kerja elok sahaja.”
Kita tak boleh nak tafsir keelokan itu daripada luaran yang kita nampak — ada kerja, ada rumah, ada anak-anak, isteri dan sebagainya.
Faktanya, WHO menyatakan 50% daripada masalah mental berlaku sebelum usia 14 tahun. Dan tinjauan melalui survey National Health Morbidity Survey setiap 5 tahun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati angka kesihatan mental di kalangan kanak-kanak yang cukup merisaukan dan menaik setiap kali tinjauan tersebut dibuat.
Ingat ye — tidak ada bayi yang lahir sebagai narsistik, tidak ada bayi yang lahir sebagai penjenayah, tidak ada bayi yang lahir sebagai pembuli.
Narsistik, penjenayah, pembuli — itu adalah hasil ciptaan tangan-tangan manusia.