Usia 6 bulan ni biasanya anak dah masuk fasa separation anxiety. Kenapa separation anxiety ni terjadi pula? Kerana waktu ni anak dah ada pemahaman tentang jarak. So sebelum ni anak ni dia macam tak boleh nak faham lagi yang dalam dunia ni ada jarak. Dia ingat dia dan ibu tu adalah satu individu yang sama.
Tapi apabila masuk usia 6 bulan perlahan-lahan anak dah mula faham yang dunia ini ada jarak. So ibu dan anak bukan lagi satu individu yang sama. Sebab itu dia jadi mula rasa panik bila dia dah mula faham yang kalau ibu ada dekat sini dia ada dekat dalam baby cot dia contohnya so ada jarak antara mereka.
So dekat sini kita kena guide anak macam mana untuk mengharungi dunia ni supaya dia jadi less panic dengan jarak yang ada sebab normal lah kan dalam dunia memang lah kena ada jarak antara dia dengan ibu. Ibu tu bukan sentiasa akan duduk bersama dengan dia selama-lamanya.
Nak ajar anak untuk biasakan diri dengan jarak ni pula kita punya reaction tu sangat penting. So macam mana cara kita tunjuk dekat anak kita tu. So contohnya kalau kita letak anak dan kita nak pergi tandas tapi baru je kita letak anak, anak tu mula menangis kita terus macam panic dan kita macam “Okelah-okelah mak tak jadilah nak pergi tandas, mak angkat awak” So anak lama-kelamaan dia akan faham yang “Okey jarak ni menakutkan sebab setiap kali mak letak saya, mak pun akan react dengan panik” Jadi saya kena sentiasa panic lah bila mak letak saya dan jarak ni ada.
So apa yang kita kena buat kita kena sentiasa approach anak dengan calm. Kalau kita nak pergi tandas kita letak anak dan kita pergi je tandas tapi ada caralah kita communicate dengan dia “Sekejap, mak nak pergi tandas” “Sekarang mak dekat tandas, tak apa jangan risau” Sentiasa bercakap dengan dia lepas tu datang balik dengan keadaan yang tenang juga.
Jadi lama kelamaan bila anak tu nampak so dia akan faham lah “Okey, memang sekali-sekala mak akan letak saya, mak akan pergi” “Tapi lepas tu mak akan datang balik” “Saya tak perlu nak panik”. Jadi lama-kelamaan dia akan belajar untuk tidak perlu menangis dalam semua jenis situasi.