Makan itu adalah satu perbuatan yang melibatkan etika dan juga adab.
Apa beza dia? Etika adalah kod kelakuan yang diterima pakai oleh sesuatu budaya atau masyarakat.
Adab pula melibatkan cara kita berkelakuan, bercakap dan menggunakan bahasa tubuh.
Tak faham? Okey.
Contoh, bila kita duduk di kerusi meja makan untuk menikmati makanan,
maka perbuatan kita duduk itu adalah etika.
Ataupun kod kelakuan yang diterima pakai oleh mana-mana masyarakat yang bertamadun.
Bila makan, yang paling elok, yang paling cantik adalah bila kita duduk dengan tertib.
Ok, sekarang dah duduk.
Tapi kelakuan kita di meja makan.
Contohnya, kalau kita bercakap dengan mulut yang penuh sampai makanan minuman tersembur, tentulah itu tak ada adab.
So, nampak beza etika dan adab?
Ini menjadikan acara makan merupakan satu acara yang memerlukan skill yang bukan sedikit untuk anak-anak kecil mesti kuasai dan pelajari.
Satu pelajaran yang susah tapi mesti diajarkan kepada anak-anak kecil.
Mereka tak tahu buat jika kita tak ajarkan etika dan adab.
Persoalannya sekarang kita nak ikut kod etika dan adab makan siapa?
Apa dia orang ataupun bangsa yang patut jadi rujukan kita dalam bab ni untuk didik anak?
Sebagai seorang Muslim, kita ada Nabi Muhammad SAW yang telah menunjukkan contoh kepada kita seperti yang dinukilkan dalam buku Prophetic Parenting.
Nabi Muhammad SAW selalu menggunakan masa makan sebagai peluang untuk bercakap, berbual, membetulkan adab dan membetulkan sikap anak-anak kecil yang ada di meja makan kerana waktu itulah waktu berkumpulnya keluarga.
Semua pun dalam mood yang excited, happy, nak makan, bersedia untuk terima teguran, mendengar luahan dan sebagainya.
Itu yang Nabi kita buat.
Ya, saya setuju meniru perbuatan Nabi SAW di meja makan ini bukanlah sampai tahap ibadah yang wajib kena ikut berdosa kalau tak buat.
Tapi ia adalah sunnah yang sepatutnya jadi aim kita sebagai parents untuk dapatkan anak-anak ni boleh duduklah dekat meja makan ke tahap kita boleh berbual, bercakap, berinteraksi.
Saya tahu mesti ada sebahagian netizen yang akan cakap
“Sambil main telefon, iPad pun boleh je berbual-bual, bercakap-cakap kan dengan anak tu”.
Sebenarnya saya dah buat 2-3 kali posting sebelum ini yang menyenaraikan tentang kebaikan dan manfaat anak-anak kecil makan tanpa gangguan sebarang toys, gadget termasuk telefon ini yang disenaraikan oleh pakar-pakar pengkaji barat.
Dan kebaikan itu meliputi banyak aspek antaranya disiplin, ajar anak disiplin, kayakan tatabahasa, vokabulari dia, emosi dan kawalan emosi, kemahiran kreatif dan kognitif.
So macam mana acara makan ni boleh ajar semua ni, saya tak akan terang di sini sebab dia akan jadi terlalu panjang, carilah posting ni.
Tapi bila kita membaca tu barulah kita akan rasa, ya Allah inilah agaknya kenapa sunnah Nabi itu menyuruh kita gunakan waktu makan itu untuk bercakap-cakap berbual tanpa distraction oleh gadget ataupun toys dan apa-apa barang lah.
Saya juga sedar, aware tentang sebahagian orang akan cakap kami ni makan dekat luar sekali-sekala je.
Bila dah sekali-sekala tu naklah makan dengan tenang bukan untuk kami sahaja tapi untuk orang-orang sekeliling juga.
Saya dah nampak komen macam ni banyak kali untuk banyak tahun.
No judgement here sebab kita pun tak tahu apa yang berlaku dalam rumah orang itu.
Tapi saya cuma nak share dua fakta sains.
Fakta mat saleh, fakta modern.
Number satu, didikan itu bermula dari rumah.
Kalau mat saleh kata tu “learning starts from the womb”.
Maksudnya sebelum anak jumpa orang lain, yang dia jumpa mak ayah dia, rumah dia lah.
Kalau dalam Islam pun support benda ni kan.
Ibu adalah madrasah pertama anak-anak.
Rumah adalah madrasah pertama, anak-anak.
Nombor dua, sains cakap apa?
Satu sahaja cara untuk anak-anak kecil yang belum boleh belajar cara kita,
dengar literature, baca buku kan,
diorang belajar ikut pengalaman berulang.
Maksudnya kita kena tunjuk satu cara dan ulang dan ulang dan ulang dan ulang.
Itulah cara anak faham, ingat dan tahu untuk berkelakuan.
Dan ini juga diajar dalam agama kita.
Sebab tu kecil-kecil lagi sebelum wajib solat, anak-anak sudah diajak ikut solat.
So biar dia tiru walaupun dia tak faham.
So nampak tak? Sains dengan agama Islam menyatakan perkara yang sama.
Jadi saya nak bagitahu apa?
Poinnya dekat sini, kalau anak-anak telah diajar dengan etika dan adab tertentu dalam bab makan ketika di rumah,
dah jadi kebiasaan, dah jadi pengalaman berulang-ulang, dah jadi SOP tetap.
Kalau kat rumah makan kena macam ni, anak-anak ini akan tahu untuk berkelakuan yang sama ketika di luar rumah sebab telah terbiasa.
Tak kisahlah dekat rumah orang, dekat playground termasuk di kedai makan.
Sebagai contoh, saya ambil ayat asal dari posting asal mak ni yang sebut kalau di rumah nak habiskan sepinggan tu, macam kena brisk walk beratus-ratus step.
Maksud yang saya faham tu maksudnya dia kena mengekori lah anak dia tu ke mana-mana.
Nak habiskan sepinggan, punyalah penat, punyalah lama.
No judgment sebab saya pun pernah buat benda yang sama.
Dan saya yakin ada ramai parents kat luar sana pun buat benda yang sama.
Sebab apa? Sebab kita takut sangat anak kita lapar. Betul tak?
Jadi, selagi dia tak habiskan sepinggan semangkuk tu, kita pun mengekor lah dia.
Sambil panjat, sambil berlari sana-sini.
Kita ni tukang suap, suap, suap. Betul tak?
Inilah maksud saya.
Kalau di rumah itu kita telah biasakan, kita telah benarkan kelakuan.
Kalau nak makan boleh berlari-lari, boleh melompat-lompat, mama kejar.
Maka tentulah anak ini akan ulang perbuatan yang sama bila dia di luar rumah.
Sebab itu pelajaran makan yang dia dapat, yang dia biasakan.
Itu pengalaman berulang yang dia dapat ketika di rumah.
Maka dia akan ulang, apply ketika di luar.
Maksudnya apa? Kita kena betulkan cara kita didik anak makan ketika di rumah supaya dia tahu macam mana nak makan dengan elok ketika di luar rumah.
Saya pernah share sebelum ni tentang cara didik anak etika makan.
Untuk yang terlepas tak jumpa posting boleh juga baca dalam e-book ni.
Saya akan share beberapa sahaja sebab tak cukup masa.
Rules pertama, makan mesti duduk.
Anak-anak tidak boleh makan dalam keadaan berdiri apa lagi berlari, berjalan, memanjat.
Bukan sahaja itu tidak beradab tetapi juga atas risiko keselamatan takut tercekik dan tersedak.
So, antara benda yang kita kena implement kepada anak secara konsisten,
ajar dia tentang related consequences.
Kesan perbuatan.
Kalau dia bangun, kalau dia berdiri, makanan akan disimpan,
akan diambil atau tidak diberi kepada dia.
Berulang kali.
So, bukan kita yang follow anak.
Dia yang kena stay dekat table.
Kalau dia berdiri, maka kita tak akan follow dia apa lagi nak offer makanan.
Anak akan belajar kalau dia masih nak makan, masih lapar, dia akan stay.
Sebab dia nampak berulang kali, asal dia turun, asal dia lari, makanan tak ada.
Tak akan di-offer pun kepada dia.
Maka inilah cara anak akan belajar untuk stay di meja makan, makan sampai habis.
Tanpa perlu harap kepada gadget ataupun apa-apa alat pancing.
Yang kedua, makanan di-offer, ditawarkan.
Bukan dipaksa dan juga bukan dipujuk rayu.
Makanlah dik.
Lagi sikit je.
Sikit je nak habis ni makanlah.
Makan sikit.
Kerana apa?
Kita nak anak belajar dua benda.
First, sense of discipline.
Kalau nak makan, you ask for it, you stay for it.
Yang kedua, sense of hunger.
Anak kena belajar kenal sensasi lapar dan sensasi kenyang.
Jadi dia akan tahu.
Kalau lapar, minta makan.
Kalau dah full, cakap no.
No more.
Itu adalah cara makan yang sihat.
Kenal signal tubuh badan sendiri.
Itu dia dua info ringkas yang saya boleh kongsikan dalam tempoh yang singkat ini.
Rujuklah kepada yang lebih pakar.
Kesimpulannya, kalau kita nampak parents, makan dekat luar bagi anak main phone,
janganlah cepat sangat nak judge.
Kita tak tahu masalah dan keadaan mereka.
Mungkin mereka dah cuba latih dan didik anak sejak daripada dalam rumah,
tapi mungkin belum jumpa cara yang berkesan lagi.
Dalam masa yang sama, saya harap sangat-sangat harap sangat-sangat.
Janganlah parents dengan selesanya bersandar dengan idea sebab dekat rumah dah huru-hara, dah kelam-kabut, dah stress.
So, setiap kali keluar tu memang itulah chance nak makan dengan tenang. Kita kasi je phone tanpa kita berusaha membetulkan cara kita membiasakan anak makan di rumah.
Kenapa? Sebab kalau kita dah biasakan sebegitu, kita risau anak-anak kita akan faham.
Inilah etika makan, inilah adab makan yang betul.
Jadi dia akan perturunkan kepada anak-anaknya.
Kalau dekat rumah huru-hara, kat luar
Pancing dengan phone
Kita tak nak tengok generasi-generasi akan datang
Cucu kita, cicit kita
Bila makan je, tak reti duduk diam
Bila dekat rumah, bila dekat luar
Masing-masing tak bertegur sapa
Masing-masing mata dekat telefon sahaja
Kena auto robot, disuap oleh mak ayah masing-masing
Kita tak nak normalkan benda tu
Kita ubah apa yang kita boleh ubah
sebab ia memang boleh diubah.