Menyusu Sebagai Tabiat Tidur

Perlu menyusu untuk tidur, itu boleh dikatakan masuk di bawah tabiat tidur jugalah. Dan kalau puan dah rasa penat dan puan nak ubah tabiat tu, boleh.

Cuma dekat sini, saya assume memang anak puan 4 bulan dan ke atas lah ya, sebab cara ni semua yang saya ajar ni memang untuk 4 bulan dan ke atas.

3 bulan dan ke bawah ada cara lain.

Susun Semula Sleep Routine

So macam saya explain dalam video sebelum ni, kalau kita nak ubah tabiat tidur tu, tabiat tidur yang kita nak ubah tu tidak boleh menjadi rutin terakhir dalam sleep routine.

So bila puan dah buat sleep routine tu, puan dah susun sleep routine apa yang puan nak buat dengan anak puan tu kan, pastikan aktiviti menyusu tu bukan aktiviti terakhir dalam puan punya sleep routine lah.

So maksudnya puan boleh mulakan sleep routine tu dengan susukan anak dulu. Lepas dah susukan, sebelum dia tertidur tu, puan boleh proceed lah dengan aktiviti lain – salin baju, gosok gigi, bedtime story – lepas tu habiskan sleep routine tu dan letak dia dekat tempat tidur dia.

Ya, Memang Nampak Menakutkan

Saya faham benda ni memang akan nampak macam sangat menakutkan untuk kita buat, sebab dah sekian lama kita dah tidurkan anak dengan cara susukan dia, tiba-tiba nak minta ubah.

Tapi jangan risau dan kena yakin yang dengan konsistensi, lama-kelamaan anak pasti akan faham.

Boleh Guna Cara Lain Juga

So cara-cara yang lain, puan boleh proceed sahaja macam apa yang saya dah share dekat dalam video sebelum ni.

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing