Episodes

Tonton beberapa episod secara percuma atau terokai kesemua 40 episod.

Free episodes

See all →
# 39 • Jun 1, 2025

Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi perlukan perancangan dan pemahaman tentang tekstur yang sesuai mengikut peringkat usia. Episod ini menerangkan perubahan tekstur dari puri halus sehingga ke makanan keluarga, serta kaitan tekstur dengan keselamatan dan perkembangan otot mulut bayi. Turut dibincangkan ialah keperluan elak garam dan gula, pilihan makanan berkhasiat, serta cadangan jenis karbohidrat, protein, sayur dan buah.

Free 31 min
# 38 • May 25, 2025

Bila bayi masuk usia 6 bulan, pengenalan makanan pejal menjadi langkah penting dalam perkembangan mereka. Episod ini menerangkan tanda bayi bersedia makan, pemilihan masa, kuantiti kecil, jenis makanan pertama seperti bubur nasi, dan pentingnya guna sudu lembut. Ibu bapa juga dibimbing tentang risiko alahan dan bagaimana memperkenalkan makanan baru secara berperingkat. Peralatan asas seperti highchair, bib dan bekas kecil juga dibincangkan agar sesi makan lebih teratur, selamat dan menyeronokkan.

Free 21 min
# 27 • Mar 9, 2025

Stres adalah antara cabaran utama dalam penyusuan yang jarang dibincangkan secara terbuka. Ia boleh menjejaskan hormon oksitosin, menyebabkan susu sukar keluar dan bayi jadi gelisah. Puncanya termasuk kurang sokongan, keletihan, tekanan kerja, serta masalah kesihatan. Episod ini menerangkan kesan stres terhadap penyusuan dan cara praktikal untuk urus emosi, termasuk peranan pasangan dan kumpulan sokongan. Dengan sokongan sekeliling dan pengurusan diri, ibu boleh terus menyusu walaupun dalam keadaan mencabar.

Free 11 min

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing

All episodes

# 40 • Jun 8, 2025

Baby-led weaning memberi peluang kepada bayi untuk makan sendiri sejak awal, melatih koordinasi tangan dan keyakinan diri. Spoon-feeding pula membolehkan ibu bapa mengawal kuantiti dan jenis makanan yang diberi. Pemilihan kaedah bergantung pada keselesaan penjaga dan kesediaan bayi. Kedua-dua pendekatan boleh digabung jika sesuai dengan rutin harian.

Subscriber-only 14 min
# 39 • Jun 1, 2025

Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi perlukan perancangan dan pemahaman tentang tekstur yang sesuai mengikut peringkat usia. Episod ini menerangkan perubahan tekstur dari puri halus sehingga ke makanan keluarga, serta kaitan tekstur dengan keselamatan dan perkembangan otot mulut bayi. Turut dibincangkan ialah keperluan elak garam dan gula, pilihan makanan berkhasiat, serta cadangan jenis karbohidrat, protein, sayur dan buah.

Free 31 min
# 38 • May 25, 2025

Bila bayi masuk usia 6 bulan, pengenalan makanan pejal menjadi langkah penting dalam perkembangan mereka. Episod ini menerangkan tanda bayi bersedia makan, pemilihan masa, kuantiti kecil, jenis makanan pertama seperti bubur nasi, dan pentingnya guna sudu lembut. Ibu bapa juga dibimbing tentang risiko alahan dan bagaimana memperkenalkan makanan baru secara berperingkat. Peralatan asas seperti highchair, bib dan bekas kecil juga dibincangkan agar sesi makan lebih teratur, selamat dan menyeronokkan.

Free 21 min
# 37 • May 18, 2025

Memilih pam susu bukan soal jenama semata-mata, tetapi bergantung kepada gaya hidup, saiz puting, jenis payudara dan keperluan individu setiap ibu. Episod ini terangkan perbezaan antara pam manual, elektrik dan hands-free serta kelebihan dan kekurangannya. Ia juga kupas kesan jika tersalah pilih pam seperti ketidakselesaan, hasil susu yang kurang, dan risiko seperti saluran tersumbat. Bila ibu tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri, sesi mengepam jadi lebih selesa dan menyokong penyusuan dengan lebih konsisten.

Subscriber-only 34 min
# 36 • May 11, 2025

Tandem nursing merujuk kepada penyusuan dua anak sekaligus, sama ada bayi baru lahir dan anak sulung atau bayi kembar. Teknik ini bantu tingkatkan bekalan susu, kurangkan perasaan cemburu anak sulung, dan eratkan hubungan ibu-anak. Ramai ibu bimbang tentang isu kolostrum, kontraksi semasa hamil, atau susu tak cukup — tapi semua ini dijelaskan sebagai mitos dalam episod ini. Turut disentuh: perbezaan antara tandem nursing dan tandem pumping, serta bagaimana ibu boleh tentukan apa yang sesuai ikut situasi sendiri.

Subscriber-only 13 min
# 35 • May 4, 2025

Exclusive pumping ialah kaedah menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu melalui pengepaman tanpa penyusuan terus. Kaedah ini sesuai untuk ibu yang tidak dapat direct feed atas faktor kerja, kesihatan atau sebab peribadi. Walaupun mencabar, dengan jadual mengepam yang konsisten, sokongan keluarga dan penjagaan emosi, ibu masih boleh berikan nutrisi terbaik buat bayi. Antara risiko yang dibincangkan ialah mastitis, susu merudum dan tekanan fizikal serta mental. Strategi seperti skin-to-skin, urutan payudara, dan penggunaan pam yang betul boleh bantu ibu bertahan lebih lama.

Subscriber-only 10 min
# 34 • Apr 27, 2025

Keliru puting berlaku apabila bayi keliru antara teknik hisapan botol dan payudara, lalu menolak menyusu terus dari ibu. Episod ini terangkan punca biasa, kesan negatif jangka panjang seperti stress, kurang susu dan berakhirnya penyusuan awal. Turut dikongsi ialah langkah mencegah keliru puting dan cara bantu bayi kembali latch dengan teknik seperti skin-to-skin, finger feeding dan urutan rahang. Ibu perlukan sokongan, kesabaran dan ilmu untuk pulihkan semula penyusuan direct. Dengan usaha konsisten, bayi masih boleh diajar menyusu seperti asal.

Subscriber-only 14 min
# 33 • Apr 20, 2025

Konsep anak susuan bukan sekadar penyusuan, tetapi membentuk hubungan kekeluargaan yang sah dalam Islam. Episod ini menerangkan syarat sah anak susuan menurut mazhab Syafi’e, termasuk jumlah penyusuan dan umur bayi. Turut dihuraikan ialah kesan penyusuan terhadap hukum mahram, batas aurat, pewarisan, serta tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat. Rekod penyusuan dan kefahaman yang jelas sangat penting bagi mengelakkan perkahwinan sesama mahram tanpa sedar. Penyusuan bayi lain ialah ibadah besar yang perlu dilakukan dengan ilmu dan penuh tanggungjawab.

Subscriber-only 15 min
# 32 • Apr 13, 2025

Islam memberi panduan jelas tentang kepentingan penyusuan menerusi Surah Al-Baqarah ayat 233 dan hadis Nabi SAW. Episod ini membincangkan bagaimana penyusuan bukan hanya tanggungjawab ibu, tetapi juga melibatkan peranan suami dalam memberi nafkah, sokongan moral, dan membantu dalam urusan rumah. Suami yang terlibat bukan sahaja meringankan beban isteri, malah memperkukuh hubungan keluarga. Bila pasangan saling menyokong, penyusuan jadi lebih lancar dan bermakna.

Subscriber-only 14 min
# 31 • Apr 6, 2025

Growth spurt ialah fasa lonjakan tumbesaran bayi yang buat mereka menyusu lebih kerap, tidur tak menentu dan perlukan perhatian lebih. Episod ini bantu ibu bapa faham tanda-tanda utama, bila ia berlaku, dan bagaimana cara menangani perubahan ini tanpa panik. Ibu digalakkan percaya pada konsep demand & supply, jaga pemakanan dan rehat secukupnya. Ayah pula berperanan dalam sokongan emosi, bantu kerja rumah dan lindungi ibu dari tekanan luar. Dengan persediaan dan kerjasama, fasa growth spurt jadi lebih mudah dan kurang stres.

Subscriber-only 17 min
# 30 • Mar 30, 2025

Ramai ibu menyusu terpaksa berdepan komen sinis seperti “kenapa tak guna susu formula?” atau “tak malu ke menyusu di tempat awam?”. Episod ini membimbing ibu untuk jawab dengan tenang, yakin dan penuh fakta tanpa berdebat. Dibincangkan juga cara atasi mitos seperti bayi jadi manja, susu sikit sebab kurang makan, dan tekanan daripada orang sekeliling. Sokongan emosi, kejelasan tujuan menyusu, serta berada dalam komuniti yang memahami amat penting. Bila ibu yakin dan tahu haknya, penyusuan jadi lebih tenang dan bermakna.

Subscriber-only 23 min
# 29 • Mar 23, 2025

Berat badan ibu menyusu boleh turun atau naik bergantung pada gaya hidup, pemakanan dan tahap aktiviti. Ada ibu cepat kurus kerana kalori terbakar semasa menyusu, manakala ada yang beratnya naik akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang bergerak. Episod ini terangkan juga peranan hormon, mitos “makan untuk dua orang”, serta tip menurunkan berat badan secara selamat. Ibu boleh kekalkan berat ideal dengan makan makanan sihat, aktif secara sederhana dan cukupkan minum air. Yang penting, fokus pada kesihatan dan tenaga untuk ibu serta bayi.

Subscriber-only 16 min
# 28 • Mar 16, 2025

Menyusu di tempat awam sering jadi cabaran bagi ibu baru, tetapi ia adalah hak dan keperluan untuk bayi. Episod ini terangkan kenapa penyusuan di luar rumah perlu dinormalisasikan serta kelebihannya kepada ibu, bayi dan masyarakat. Ibu juga dibimbing cara pilih tempat sesuai, pakaian menyusu, penggunaan nursing cover dan alat bantu seperti gendongan ergonomik. Turut disentuh ialah cara jaga aurat dan tips tingkatkan keyakinan. Dengan persediaan yang betul, ibu boleh menyusu dengan selesa di mana-mana tanpa rasa segan.

Subscriber-only 10 min
# 27 • Mar 9, 2025

Stres adalah antara cabaran utama dalam penyusuan yang jarang dibincangkan secara terbuka. Ia boleh menjejaskan hormon oksitosin, menyebabkan susu sukar keluar dan bayi jadi gelisah. Puncanya termasuk kurang sokongan, keletihan, tekanan kerja, serta masalah kesihatan. Episod ini menerangkan kesan stres terhadap penyusuan dan cara praktikal untuk urus emosi, termasuk peranan pasangan dan kumpulan sokongan. Dengan sokongan sekeliling dan pengurusan diri, ibu boleh terus menyusu walaupun dalam keadaan mencabar.

Free 11 min
# 26 • Mar 2, 2025

Berpuasa sambil menyusukan bayi tidak mustahil jika ibu membuat persediaan fizikal dan mental dengan baik. Episod ini membincangkan keperluan tenaga, tip pemakanan waktu sahur dan berbuka, serta cara mengenal tanda-tanda dehidrasi dan susu berkurang. Turut dijelaskan hukum rukhsah, bila perlu berbuka, dan tanggungjawab qada serta fidyah. Dengan pemantauan diri dan sokongan pasangan, ibu menyusu boleh teruskan puasa dengan yakin tanpa menjejaskan kesihatan bayi.

Free 25 min
# 25 • Dec 26, 2024

Mega Seminar Tangisan & Tidur Anak berlangsung pada 21 Disember 2024 di Olympic Hotel, Kuala Lumpur. Seminar ini menyentuh topik penting keibubapaan dari bayi baru lahir hingga usia 6 tahun, termasuk tangisan, tidur, perkembangan mental, dan sleep training. Seminar ini direka khas untuk bantu ibu bapa bina asas kuat dalam memahami anak. Ia sesuai untuk pasangan baru, ibu bapa aktif dan pengasuh profesional.

Subscriber-only 5 hr 0 min
# 24 • Dec 22, 2024

Ramai ibu masih terpengaruh dengan mitos penyusuan seperti susu ibu cair tak cukup, bayi menyusu kerap sebab lapar, atau payudara kecil hasilkan susu sedikit. Episod ini kupas semua kepercayaan tersebut dengan fakta saintifik dan penjelasan jelas. Turut disentuh ialah bahaya beri air kepada bayi bawah 6 bulan dan salah faham tentang penyusuan semasa sakit. Dengan info yang betul, ibu lebih yakin dan tak mudah panik bila berdepan cabaran penyusuan. Ilmu asas ini bantu ibu buat keputusan yang selamat dan meyakinkan.

Subscriber-only 4 min
# 23 • Dec 15, 2024

Susu ibu ialah cecair hidup yang perlu diurus dengan teliti agar nutrisi kekal dan bayi tidak terdedah kepada risiko pencemaran. Episod ini terangkan cara simpan susu ikut suhu dan tempoh hayat yang selamat, serta langkah memanaskan susu tanpa hilang zat. Turut diajar ialah teknik Paced Bottle Feeding — kaedah pemberian susu botol yang lebih menyerupai penyusuan badan dan kurangkan risiko tersedak serta overfeeding. Bila ibu faham langkah demi langkah, proses penyusuan jadi lebih selamat, lancar dan tenang untuk semua.

Subscriber-only 8 min
# 22 • Dec 8, 2024

Memerah susu penting bila ibu tak dapat menyusu secara terus, seperti selepas bersalin, bayi di NICU atau kembali bekerja. Episod ini tunjuk dua cara utama: teknik marmet menggunakan tangan, dan cara guna pam susu dengan betul. Ia juga terangkan kepentingan tahu saiz corong yang sesuai, jenis pam mengikut bentuk payudara, serta langkah-langkah guna stimulation dan suction mode tanpa cederakan tisu. Bila ibu kuasai teknik ini, penyusuan boleh diteruskan walaupun secara tidak langsung.

Subscriber-only 9 min
# 21 • Dec 1, 2024

Masalah seperti sakit puting, bengkak susu, saluran tersumbat, keliru puting dan mastitis adalah cabaran biasa dalam penyusuan. Kesemua ini boleh diatasi dengan bantuan kaunselor laktasi, teknik lekapan yang betul, urutan lembut dan penggunaan alat bantu dengan cara selamat. Episod ini juga menjelaskan kaedah seperti Reverse Pressure Softening, Lymphatic Drainage dan urutan saluran tersumbat. Turut dibincangkan ialah isu tongue tie dan keperluan pemeriksaan awal. Dengan sokongan dan tindakan awal, penyusuan boleh diteruskan dengan lebih selesa dan berkesan.

Subscriber-only 29 min
# 20 • Nov 24, 2024

Bulan pertama penyusuan ialah masa penting untuk bayi belajar menyusu dan ibu menyesuaikan diri. Penyusuan perlu dilakukan secara terus, elak penggunaan botol dan puting tiruan bagi mengelakkan keliru puting. Bayi masih belajar lekapan dan menghisap, jadi kesabaran dan latihan konsisten sangat penting. Jika bayi dan ibu terpisah, susu boleh diberi melalui cawan atau picagari, bukan botol. Dengan sokongan dan teknik yang betul, fasa mencabar ini akan jadi asas kepada perjalanan penyusuan yang lebih lancar dan selesa.

Subscriber-only 11 min
# 19 • Nov 17, 2024

Lekapan yang sempurna ketika menyusu penting untuk pastikan bayi dapat susu secukupnya dan ibu tidak sakit. Antara tanda lekapan betul ialah mulut bayi terbuka luas, pipi kembung, bunyi menelan dan puting ibu kekal bentuk asal selepas menyusu. Episod ini juga terangkan posisi bayi yang betul, kesalahan biasa dan apa perlu dibuat jika ibu rasa sakit. Turut disentuh ialah faktor lain seperti tongue tie atau puting besar yang boleh ganggu lekapan. Bila ibu kenal pasti dan baiki lekapan, penyusuan jadi lebih lancar dan selesa.

Subscriber-only 13 min
# 18 • Nov 10, 2024

Ramai ibu bapa risau sama ada bayi mereka cukup susu atau tidak. Episod ini kupas tanda-tanda penting seperti bayi melepaskan payudara selepas kenyang, tidur lena, lampin berat dan najis kekuningan. Air kencing jernih atau kuning cair, serta berat badan bayi yang naik secara konsisten, adalah antara petunjuk utama. Sementara itu, bayi menyusu lama atau kerap terjaga bukan petanda susu tak cukup, tetapi proses semula jadi perkembangan dan comfort sucking. Bila ibu tahu apa yang normal, mereka akan lebih yakin dalam perjalanan penyusuan.

Subscriber-only 7 min
# 17 • Nov 3, 2024

Penyusuan bayi adalah perjalanan yang berubah mengikut masa dan memerlukan kesabaran. Dalam dua minggu pertama, ibu hadapi cabaran seperti sakit puting dan bayi susah melekap. Pada minggu ke-2 hingga ke-4, bayi mula menyusu lebih kerap dan lama. Masuk usia 1 hingga 3 bulan, penyusuan jadi lebih stabil dan ibu boleh mula perah serta latih bayi minum botol. Selepas 3 bulan, cabaran beralih kepada rutin memerah bagi ibu bekerja dan urusan dengan pengasuh. Setiap fasa perlukan sokongan, penyesuaian dan ilmu yang sesuai.

Subscriber-only 8 min
# 16 • Oct 27, 2024

Penyusuan yang tenang bermula dengan persediaan yang betul sebelum bayi lahir. Episod ini terangkan ilmu asas seperti cara menghasilkan susu, tanda lapar bayi, dan latihan posisi penyusuan seperti cradle dan cross cradle. Turut disentuh ialah keperluan menyusu seperti bantal, nursing cover dan pakaian menyusu, serta bila masa sesuai untuk sediakan pam dan botol susu. Fokus utama ialah memberi keyakinan dan keselesaan kepada ibu agar dapat mulakan penyusuan dengan lancar dan kurang stres sejak awal.

Subscriber-only 14 min
# 15 • Oct 20, 2024

Konsep demand vs supply sangat penting dalam penyusuan: lebih kerap bayi menyusu atau ibu memerah, lebih banyak susu dihasilkan. Episod ini terangkan bagaimana saiz perut bayi berubah dari hari ke hari dan pentingnya feeding on demand — menyusu ikut isyarat lapar, bukan jadual. Juga dibincang ialah jenis dan bentuk puting serta payudara, dan bagaimana ia tidak menjejaskan keupayaan ibu untuk menyusukan bayi. Bila ibu faham isyarat bayi dan jenis tubuh sendiri, penyusuan jadi lebih yakin dan selesa.

Subscriber-only 14 min
# 14 • Oct 13, 2024

Proses penghasilan susu ibu berlaku dalam tiga fasa utama, bermula dari kehamilan hingga selepas kelahiran. Hormon prolaktin bertanggungjawab merangsang penghasilan susu dalam alveoli, manakala oksitosin membantu menolak susu keluar melalui refleks ejeksi. Kedua-dua hormon ini diaktifkan apabila bayi menghisap payudara dan merangsang hipotalamus. Susu berubah mengikut fasa: dari kolostrum ke susu matang, menyesuaikan diri dengan keperluan bayi. Tubuh ibu bertindak balas secara semula jadi dan efisien untuk menghasilkan susu yang cukup selagi ada rangsangan.

Free 11 min
# 13 • Oct 6, 2024

Susu ibu bukan sekadar cecair biasa, tetapi sumber nutrisi hidup yang berubah ikut keperluan bayi. Ia mengandungi karbohidrat seperti lactosa dan prebiotik untuk tenaga dan sistem penghadaman, serta protein mudah hadam yang sokong perkembangan otak. Lemak dalam susu ibu pula kaya dengan DHA, ARA dan kolesterol baik untuk otak, mata dan sistem saraf. Turut ada vitamin, mineral, air, hormon dan enzim yang menyempurnakan fungsi tubuh bayi secara semula jadi. Setiap titisan susu ibu adalah perlindungan awal yang tak boleh diganti.

Free 14 min
# 12 • Sep 29, 2024

Penyusuan susu ibu memberi manfaat menyeluruh kepada bayi, ibu dan masyarakat. Susu ibu lengkap dengan nutrien penting dan antibodi semula jadi untuk lindungi bayi daripada jangkitan. Ia juga bantu pemulihan ibu, jimatkan kos keluarga, dan kurangkan beban kesihatan awam. Dalam situasi bencana, susu ibu kekal selamat dan tersedia tanpa perlu bekalan luaran. Penyusuan ialah langkah permulaan terbaik untuk kesihatan dan masa depan anak.

Free 12 min
# 11 • Sep 22, 2024

Episod ini terangkan kenapa penting letak bayi ke bawah ketika fasa mamai, bukan selepas mereka tidur nyenyak. Ibu bapa juga didedahkan tentang kitaran tidur bayi – light sleep dan deep sleep – serta kaitannya dengan reaksi bayi semasa tidur. Salah satu punca bayi sukar tidur ialah overtired, iaitu apabila bayi terlalu letih hingga sukar ditenangkan. Panduan praktikal termasuk mengenal had masa berjaga mengikut umur dan menggunakan alat bantu tidur dengan betul. Teknik cuddle cure juga penting untuk bantu bayi tenang sebelum tidur.

Subscriber-only 15 min
# 10 • Sep 15, 2024

Ramai ibu bapa beli alat bantu tidur seperti bedung, white noise dan buaian, tapi kurang pasti cara penggunaannya yang betul. Episod ini menerangkan dengan terperinci cara guna setiap alat agar lebih selamat dan membantu bayi tidur lena. Bedung perlu kemas, kain selesa dan tidak mengikat pergerakan sepenuhnya. White noise sesuai digunakan bila bayi tidur bersendirian, bukan sepanjang masa. Buaian boleh digunakan jika anak perlukan hayunan, tapi keselamatan dan teknik penggunaan yang betul perlu diberi perhatian.

Subscriber-only 21 min
# 9 • Sep 8, 2024

Ramai ibu bapa hadapi cabaran bila bayi hanya mahu tidur atas badan. Episod ini ajar cara bantu bayi tidur lena di tilam atau katil tanpa perlu digendong. Teknik utama ialah kenal pasti alat tidur dari alam rahim seperti bedung dan white noise, serta praktik teknik pick up put down. Episod juga sentuh kepentingan keselamatan posisi tidur dan had penggunaan puting ketika anak sedang lena. Tujuannya bukan sekat pelukan, tapi beri pilihan kepada ibu bapa bila perlu rehat atau urus kerja lain.

Subscriber-only 16 min
# 8 • Sep 1, 2024

Sucking atau hisapan ialah langkah pilihan dalam teknik 5S, hanya digunakan jika bayi masih belum tenang selepas empat langkah awal. Bagi sesetengah bayi seperti yang high demand atau alami sawan tangis, hisapan bantu beri rasa puas dan reda. Hisapan boleh diberi melalui puting ibu, puting tiruan, botol bersih, atau jari ibu bapa. Penting untuk latih bayi dengan sabar, dan elakkan perkenalkan puting tiruan terlalu awal jika anda fokus pada penyusuan badan. Dua posisi terbaik untuk lengkapkan teknik cuddle cure bersama hisapan ialah posisi duduk dan berdiri secara mengiring.

Subscriber-only 8 min
# 7 • Aug 25, 2024

Hayunan adalah sebahagian penting dalam teknik 5S kerana ia tiru sensasi bayi terapung dalam rahim. Gerakan ini beri rangsangan semula jadi yang bantu bayi rasa aman dan cepat tenang. Ibu bapa boleh hayun bayi sambil berdiri, duduk, atau berjalan — ikut situasi dan keselesaan. Yang penting, hayunan mesti ikut kadar tangisan bayi: tenang kalau bayi reda, lebih bertenaga jika bayi mengamuk. Teknik ini juga dijelaskan berbeza dengan shaken baby syndrome yang berlaku bila bayi digoncang tanpa sokongan dan dalam keadaan marah.

Subscriber-only 11 min
# 6 • Aug 18, 2024

Shushing adalah langkah ketiga dalam teknik 5S untuk menenangkan bayi. Bunyi ini meniru suasana bising dalam rahim seperti bunyi darah dan degupan jantung yang konsisten. Shushing yang betul perlu dekat dengan telinga bayi dan sekuat tangisannya untuk berkesan. Selain guna mulut, ibu bapa boleh gunakan rakaman white noise, bunyi hujan, atau mesin khas. Teknik ini bantu bayi rasa selamat dan lebih cepat tenang.

Subscriber-only 5 min
# 5 • Aug 11, 2024

Posisi pegang bayi sangat mempengaruhi tahap ketenangan mereka, terutama semasa menangis. Teknik ini ajar cara pegang bayi secara mengiring (side) atau meniarap ke dada (stomach) — posisi yang meniru keadaan mereka dalam rahim. Teknik ini beri rasa selamat dan tekanan lembut pada bahagian perut bayi, yang bantu mereka lebih tenang. Ia juga elak posisi baring terlentang yang sering buat bayi tak selesa. Ibu bapa boleh pilih posisi ikut situasi, sama ada duduk, berdiri atau dukung tinggi.

Subscriber-only 13 min
# 4 • Aug 4, 2024

Teknik bedung DUDU adalah langkah pertama dalam rutin 5S atau cuddle cure yang direka untuk tenangkan bayi menangis. Ia melibatkan empat langkah mudah – down, up, down dan up – dengan fokus pada keselamatan dan keselesaan bayi. Bedung bantu elakkan refleks terkejut dan mudahkan ibu bapa pegang bayi dengan yakin. Penting untuk elak ikatan terlalu ketat, serta pastikan kaki bayi bebas bergerak supaya tidak mengganggu pembentukan tulang pinggul.

Subscriber-only 3 min
# 3 • Jul 28, 2024

Teknik 5S atau cuddle cure direka khas untuk menenangkan bayi newborn yang kuat menangis. Ia berdasarkan lima sensasi utama dari alam rahim: bedung, posisi sisi/perut, bunyi shushing, hayunan dan hisapan. Bila dilakukan mengikut turutan, teknik ini bantu bayi rasa familiar dan selamat. Bayi mudah tidur lena tanpa tangisan panjang dan ibu bapa lebih yakin menenangkan mereka.

Subscriber-only 11 min
# 2 • Jul 21, 2024

Ramai ibu bapa risau bila bayi masih menangis walaupun semua keperluan asas telah dipenuhi. Salah satu sebab utama ialah bayi masih belum bersedia hidup di luar rahim. Tiga bulan pertama selepas lahir dipanggil fasa fourth trimester—masa di mana bayi masih perlukan sokongan seperti dalam kandungan. Dalam fasa ini, bayi belum mampu bergerak sendiri, penglihatan masih kabur dan otak masih berkembang. Untuk bantu bayi tenang dan tidur, ibu bapa perlu tiru suasana rahim dalam penjagaan harian.

Free 21 min
# 1 • Jul 14, 2024

Bayi newborn dibahagikan kepada tiga personaliti utama: easy going, high demand dan colic. Tangisan berlebihan seperti sawan tangis sering berlaku pada bayi high demand dan colic, tetapi puncanya berbeza. Bayi colic biasanya panik akibat peralihan alam dan bukan kerana kembung. Memahami ciri setiap jenis bayi penting agar ibu bapa dapat guna teknik tenangkan dan tidurkan bayi dengan lebih berkesan. Ini membantu kurangkan stres waktu malam dan bantu bayi tidur lena.

Free 20 min