Free Episodes

Semua episod percuma kami, dihimpunkan di satu tempat.

# 1 • Jul 14, 2024

Bayi newborn dibahagikan kepada tiga personaliti utama: easy going, high demand dan colic. Tangisan berlebihan seperti sawan tangis sering berlaku pada bayi high demand dan colic, tetapi puncanya berbeza. Bayi colic biasanya panik akibat peralihan alam dan bukan kerana kembung. Memahami ciri setiap jenis bayi penting agar ibu bapa dapat guna teknik tenangkan dan tidurkan bayi dengan lebih berkesan. Ini membantu kurangkan stres waktu malam dan bantu bayi tidur lena.

Free 20 min
# 2 • Jul 21, 2024

Ramai ibu bapa risau bila bayi masih menangis walaupun semua keperluan asas telah dipenuhi. Salah satu sebab utama ialah bayi masih belum bersedia hidup di luar rahim. Tiga bulan pertama selepas lahir dipanggil fasa fourth trimester—masa di mana bayi masih perlukan sokongan seperti dalam kandungan. Dalam fasa ini, bayi belum mampu bergerak sendiri, penglihatan masih kabur dan otak masih berkembang. Untuk bantu bayi tenang dan tidur, ibu bapa perlu tiru suasana rahim dalam penjagaan harian.

Free 21 min
# 12 • Sep 29, 2024

Penyusuan susu ibu memberi manfaat menyeluruh kepada bayi, ibu dan masyarakat. Susu ibu lengkap dengan nutrien penting dan antibodi semula jadi untuk lindungi bayi daripada jangkitan. Ia juga bantu pemulihan ibu, jimatkan kos keluarga, dan kurangkan beban kesihatan awam. Dalam situasi bencana, susu ibu kekal selamat dan tersedia tanpa perlu bekalan luaran. Penyusuan ialah langkah permulaan terbaik untuk kesihatan dan masa depan anak.

Free 12 min

Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing
# 13 • Oct 6, 2024

Susu ibu bukan sekadar cecair biasa, tetapi sumber nutrisi hidup yang berubah ikut keperluan bayi. Ia mengandungi karbohidrat seperti lactosa dan prebiotik untuk tenaga dan sistem penghadaman, serta protein mudah hadam yang sokong perkembangan otak. Lemak dalam susu ibu pula kaya dengan DHA, ARA dan kolesterol baik untuk otak, mata dan sistem saraf. Turut ada vitamin, mineral, air, hormon dan enzim yang menyempurnakan fungsi tubuh bayi secara semula jadi. Setiap titisan susu ibu adalah perlindungan awal yang tak boleh diganti.

Free 14 min
# 14 • Oct 13, 2024

Proses penghasilan susu ibu berlaku dalam tiga fasa utama, bermula dari kehamilan hingga selepas kelahiran. Hormon prolaktin bertanggungjawab merangsang penghasilan susu dalam alveoli, manakala oksitosin membantu menolak susu keluar melalui refleks ejeksi. Kedua-dua hormon ini diaktifkan apabila bayi menghisap payudara dan merangsang hipotalamus. Susu berubah mengikut fasa: dari kolostrum ke susu matang, menyesuaikan diri dengan keperluan bayi. Tubuh ibu bertindak balas secara semula jadi dan efisien untuk menghasilkan susu yang cukup selagi ada rangsangan.

Free 11 min
# 26 • Mar 2, 2025

Berpuasa sambil menyusukan bayi tidak mustahil jika ibu membuat persediaan fizikal dan mental dengan baik. Episod ini membincangkan keperluan tenaga, tip pemakanan waktu sahur dan berbuka, serta cara mengenal tanda-tanda dehidrasi dan susu berkurang. Turut dijelaskan hukum rukhsah, bila perlu berbuka, dan tanggungjawab qada serta fidyah. Dengan pemantauan diri dan sokongan pasangan, ibu menyusu boleh teruskan puasa dengan yakin tanpa menjejaskan kesihatan bayi.

Free 25 min
# 27 • Mar 9, 2025

Stres adalah antara cabaran utama dalam penyusuan yang jarang dibincangkan secara terbuka. Ia boleh menjejaskan hormon oksitosin, menyebabkan susu sukar keluar dan bayi jadi gelisah. Puncanya termasuk kurang sokongan, keletihan, tekanan kerja, serta masalah kesihatan. Episod ini menerangkan kesan stres terhadap penyusuan dan cara praktikal untuk urus emosi, termasuk peranan pasangan dan kumpulan sokongan. Dengan sokongan sekeliling dan pengurusan diri, ibu boleh terus menyusu walaupun dalam keadaan mencabar.

Free 11 min
# 38 • May 25, 2025

Bila bayi masuk usia 6 bulan, pengenalan makanan pejal menjadi langkah penting dalam perkembangan mereka. Episod ini menerangkan tanda bayi bersedia makan, pemilihan masa, kuantiti kecil, jenis makanan pertama seperti bubur nasi, dan pentingnya guna sudu lembut. Ibu bapa juga dibimbing tentang risiko alahan dan bagaimana memperkenalkan makanan baru secara berperingkat. Peralatan asas seperti highchair, bib dan bekas kecil juga dibincangkan agar sesi makan lebih teratur, selamat dan menyeronokkan.

Free 21 min
# 39 • Jun 1, 2025

Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi perlukan perancangan dan pemahaman tentang tekstur yang sesuai mengikut peringkat usia. Episod ini menerangkan perubahan tekstur dari puri halus sehingga ke makanan keluarga, serta kaitan tekstur dengan keselamatan dan perkembangan otot mulut bayi. Turut dibincangkan ialah keperluan elak garam dan gula, pilihan makanan berkhasiat, serta cadangan jenis karbohidrat, protein, sayur dan buah.

Free 31 min