Penyusuan Dan Berat Badan Ibu

Episode #29 • Mar 23, 2025 • Subscriber-Only

Berat badan ibu menyusu boleh turun atau naik bergantung pada gaya hidup, pemakanan dan tahap aktiviti. Ada ibu cepat kurus kerana kalori terbakar semasa menyusu, manakala ada yang beratnya naik akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang bergerak. Episod ini terangkan juga peranan hormon, mitos “makan untuk dua orang”, serta tip menurunkan berat badan secara selamat. Ibu boleh kekalkan berat ideal dengan makan makanan sihat, aktif secara sederhana dan cukupkan minum air. Yang penting, fokus pada kesihatan dan tenaga untuk ibu serta bayi.

Previous episode
Penyusuan Dan Berat Badan Ibu
Next episode
LockedThis episode is for subscribers only.
Locked

Subscribe to Infantalk

Access this episode, plus all past and future episodes, when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Bila menyusu, badan kita memang akan mengalami pelbagai perubahan termasuklah dari segi berat badan. Ada ibu yang cepat turun berat badan lepas bersalin, ada juga yang rasa susah nak kurus dan ada juga yang beratnya naik semula selepas beberapa bulan. Semua ni normal. Menyusukan sebenarnya boleh bantu bakar kalori kerana badan kita bekerja keras untuk hasilkan susu. Tapi dalam masa yang sama selera makan pun boleh jadi meningkat sebab badan perlukan lebih tenaga. Jadi perubahan berat badan ini berbeza untuk setiap ibu bergantung kepada gaya hidup, pemakanan dan juga tahap aktiviti harian. Yang penting jangan terlalu stres tentang angka di penimbang. Fokus pada pemakanan yang sihat dan keseimbangan tenaga supaya badan kekal bertenaga dan cukup nutrisi untuk ibu dan juga bayi.

Bagaimana Penyusuan Mempengaruhi Berat Badan


Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 9 episod percuma.

View plans and pricing