Penyusuan Di Tempat Awam

Episode #28 • Mar 16, 2025 • Subscriber-Only

Menyusu di tempat awam sering jadi cabaran bagi ibu baru, tetapi ia adalah hak dan keperluan untuk bayi. Episod ini terangkan kenapa penyusuan di luar rumah perlu dinormalisasikan serta kelebihannya kepada ibu, bayi dan masyarakat. Ibu juga dibimbing cara pilih tempat sesuai, pakaian menyusu, penggunaan nursing cover dan alat bantu seperti gendongan ergonomik. Turut disentuh ialah cara jaga aurat dan tips tingkatkan keyakinan. Dengan persediaan yang betul, ibu boleh menyusu dengan selesa di mana-mana tanpa rasa segan.

Previous episode
Penyusuan Di Tempat Awam
Next episode
LockedThis episode is for subscribers only.
Locked

Subscribe to Infantalk

Access this episode, plus all past and future episodes, when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Kali ni jom kita sembang pasal kepentingan menyusu di tempat awam. Ini topik yang kadang-kadang boleh jadi sensitif tapi sebenarnya sangat penting untuk ibu dan bayi. Bila bayi lapar, dia tak kira tempat dah. Dia lapar tetap lapar. Dan sebagai ibu, kita ada tanggungjawab untuk pastikan bayi dapat susu yang cukup tak kira dalam rumah ataupun di luar rumah. Menyusu di tempat awam bukan sekadar pilihan tapi ia adalah satu keperluan. Selain itu, bila lebih ramai ibu menyusu di tempat awam ia bantu menormalisasikan penyusuan. Orang akan lebih faham bahawa menyusu itu perkara biasa bukan sesuatu yang pelik atau yang tak patut dibuat di khalayak ramai. Dan satu lagi, ia beri kebebasan kepada ibu. Tak perlu stres nak cari bilik khas setiap kali bayi mula nak menyusu. Kalau ibu selesa, ibu boleh susukan bayi di mana-mana dengan cara yang sesuai. Jadi menyusu di tempat awam ni bukan sekadar tentang ibu dan bayi tapi ia juga tentang membina masyarakat yang lebih memahami dan menyokong penyusuan susu ibu.

Kelebihan Menyusu Di Tempat Awam


Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 8 episod percuma.

View plans and pricing