Tips Memilih Pam Susu

Episode #37 • May 18, 2025 • Subscriber-Only

Memilih pam susu bukan soal jenama semata-mata, tetapi bergantung kepada gaya hidup, saiz puting, jenis payudara dan keperluan individu setiap ibu. Episod ini terangkan perbezaan antara pam manual, elektrik dan hands-free serta kelebihan dan kekurangannya. Ia juga kupas kesan jika tersalah pilih pam seperti ketidakselesaan, hasil susu yang kurang, dan risiko seperti saluran tersumbat. Bila ibu tahu apa yang sesuai dengan diri sendiri, sesi mengepam jadi lebih selesa dan menyokong penyusuan dengan lebih konsisten.

Previous episode
Tips Memilih Pam Susu
LockedThis episode is for subscribers only.
Locked

Subscribe to Infantalk

Access this episode, plus all past and future episodes, when you become a subscriber.

See plans and pricing

Already a subscriber? Login

Pengenalan

Terlalu banyak pam susu yang terdapat di pasaran. Mesti ramai ibu-ibu tertanya-tanya perlu ke beli? Pam mana yang sesuai? Ada yang kata “Pam mahal lebih bagus!”. Ada pula yang kata “Rasa sama je semua pam, asalkan boleh keluarkan susu”. Kadang-kadang terlalu banyak pilihan pun boleh buat kita jadi pening kepala. Sebenarnya tak ada satu pam yang terbaik untuk semua orang. Apa yang sesuai untuk seorang ibu mungkin tak sesuai untuk ibu yang lain. Setiap ibu ada gaya hidup, keperluan dan juga bajet yang berbeza. Ada ibu yang hanya pam sekali-sekala. Ada yang bergantung sepenuhnya kepada pam kerana bayi tak menyusu terus dari payudara. Jadi sebelum buat keputusan, kita kena faham apa yang penting dalam memilih pam susu yang sesuai. Dalam episod ini, kita akan bincangkan beberapa faktor yang boleh membantu ibu membuat pilihan yang terbaik. Sama ada nak beli pam manual, elektrik, single, double, hospital grade atau portable, semuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting, ibu perlu tahu apa yang ibu perlukan supaya dapat beli pam yang betul-betul membantu perjalanan penyusuan, bukan sekadar menambah tekanan.

Jenis-Jenis Pam Susu Yang Ada Di Pasaran


Mula dengan pelan percuma kami

Pelan percuma ini termasuk akses kepada 7 episod percuma.

View plans and pricing