Bila bayi mula makan makanan pejal, ramai ibu bapa panik bila nampak anak mereka macam tersedak atau batuk-batuk masa makan. Tapi sebenarnya bukan semua itu choking. Ada satu lagi kaedah yang nampak menakutkan tapi sebenarnya normal, iaitu gagging. Ramai orang keliru antara gagging dan choking. Padahal dua benda ini sangat berbeza. Kalau kita tak tahu beza, boleh kita jadi overreact bila tak perlu atau lebih berbahaya, kita tak bertindak bila perlu. So hari ini kita akan bincangkan apa beza choking dan gagging, macam mana nak kenal pasti tanda-tandanya, dan yang paling penting, apa yang kita perlu buat bila ia berlaku. Jangan risau, lepas ini ibu bapa akan rasa lebih confident bila bayi mula makan makanan pejal. Ready? Jom kita mulakan.