Bila bayi dah mula makan, mesti kita sebagai parents tertanya-tanya macam mana dengan tekstur makanan. Perlukah semua kena blend halus ataupun boleh terus bagi makanan yang lebih kasar? Well, tekstur makanan bayi berubah ikut usia dan pekembangan mereka. Dari puree yang lembut ke makanan yang lebih kasar, semuanya penting untuk bantu bayi belajar mengunyah dan menikmati pelbagai jenis makanan. Tapi, kadang-kadang ibu bapa risau takut bayi tercekik ataupun susah nak makan kalau teksturnya tak sesuai. That’s totally understandable sebab setiap bayi ada tahap sediaan yang berbeza. Sebab tu kita kena tahu bila dan bagaimana nak perkenalkan tekstur yang betul supaya bayi boleh makan dengan selamat dan seronok. Jadi, dalam episod kali ini, kita akan bincangkan jenis-jenis tekstur makanan yang sesuai untuk bayi dari usia 6 hingga 12 bulan. Kita juga akan lihat kenapa tekstur memainkan peranan penting dalam pekembangan makan bayi. Ibu bapa dah ready? Jom kita mulakan!
Satu persoalan yang mungkin membuatkan ibu bapa tertanya-tanya kenapa tekstur makanan perlu berubah secara beransur-ansur? Tak bolehkah terus bagi makanan yang kasar sikit? Jawapannya mudah saja. Bayi perlu masa untuk adapt. Sama macam kita belajar benda baru, bayi pun perlukan transition supaya mereka boleh biasakan diri dengan tekstur makanan yang berbeza. Pada awalnya, bayi mungkin hanya biasa dengan puree yang licin dan halus, tapi lama-kelamaan mereka akan belajar untuk mengunyah makanan yang lebih kasar. Proses ini penting sebab ia membantu perkembangan otot mulut, kemahiran mengunyah dan juga koordinasi antara lidah dan rahang. Kalau terus bagi makanan yang terlalu kasar tanpa peralihan yang sesuai, bayi mungkin rasa susah nak makan atau lebih terdedah kepada risiko tersedak. Sebab itulah gradual changes dalam tekstur sangat penting untuk memastikan bayi dapat menikmati makanan dengan selamat dan gembira.
Masa mula-mula nak bagi bayi makan, kita bukan saja fikir tentang apa yang sesuai, tapi juga macam mana nak pastikan bayi boleh makan dengan selamat dan selesa. Salah satu faktor penting dalam proses ini ialah tekstur makanan. Kalau tersilap bagi tekstur yang tak sesuai, bukan saja bayi mungkin tolak makanan, tapi juga ada risiko tersedak. Firstly, perubahan tekstur yang bertahap membantu bayi untuk terbiasa dengan makanan secara natural. Bayi yang baru mula makan biasanya lebih selesa dengan puree yang halus, kemudian barulah beralih kepada makanan yang lebih kasar. Kalau terus bagi makanan yang keras atau berketul, mungkin mereka akan sukar untuk makan dan akhirnya jadi lebih cerewet. Secondly, tekstur yang sesuai sangat penting untuk mengelakkan risiko tersedak. Bayi masih belajar cara untuk mengunyah dan menelan dengan betul. Jadi, kalau makanan itu terlalu besar atau keras, ia boleh menyebabkan mereka tercekik. Sebab itu, penting untuk kita perhatikan perkembangan mereka dan sesuaikan makanan ikut kemampuan bayi. Selain itu, tekstur makanan juga ada kaitan dengan perkembangan sistem neurologi bayi. Bila bayi makan, mereka menggunakan refleks semula jadi seperti tongue thrust reflex, rooting reflex, gag reflex dan bite reflex. Semua refleks ini berfungsi untuk membantu mereka mengawal pergerakan lidah, menggigit dan menelan dengan lebih baik. Kalau proses ini berjalan dengan lancar, bayi akan lebih mudah menerima makanan dan mengembangkan kemahiran makan dengan baik.
Ada tak parent yang rasa kasihan bila bayi makan makanan tawar tanpa garam dan gula? Nampak macam tak sedap kan? Tapi sebenarnya ada sebab kukuh kenapa bayi bawah setahun tidak perlu garam dan gula dalam makanan mereka. Firstly, buah pinggang bayi belum matang sepenuhnya. Kalau kita bagi makanan yang ada garam, ia boleh membebankan buah pinggang mereka. Dalam jangka panjang, ia boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi. Jadi, walaupun kita rasa sikit garam tak apa. Hakikatnya, badan bayi belum bersedia untuk memprosesnya dengan baik. Secondly, deria rasa bayi sangat sensitif. Bayi yang baru belajar makan sebenarnya tidak perlukan makanan yang berperisa kuat. Kalau dari awal kita tak biasakan dengan makanan manis ataupun masin, mereka mungkin akan menolak makanan yang lebih natural dan tawar. Akhirnya, mereka boleh jadi picky eater dan susah nak makan sayur atau makanan berkhasiat lain. Selain itu, gula boleh menyumbangkan kepada kalori berlebihan dan risiko obesiti. Kita mungkin fikir, alah sikit je tapi lama-kelamaan, tabiat ini boleh berterusan sampai ke dewasa. Ditambah pula dengan risiko merosakkan gigi bayi yang baru nak tumbuh. Ingat, gigi susu juga penting untuk perkembangan gigi kekal nanti. Satu lagi masalah ialah sembelit. Makanan tinggi garam atau gula boleh mengganggu sistem percenaan bayi, menyebabkan mereka susah buang air besar. Ini memang tidak selesa untuk bayi dan boleh buat mereka meragam sepanjang hari. Jadi, dalam fasa awal ini, fokus kita bukan untuk buat makanan bayi sedap ikut selera kita, tapi lebih kepada memperkenalkan makanan, tekstur dan alahan. Bila bayi dah biasa dengan rasa natural makanan, lebih mudah untuk mereka menikmati makanan sihat bila dah besar nanti.
Mula-mula, kita kena faham yang bayi masih dalam proses belajar makan. Masa ini, mereka belum pandai kunyah dengan baik, jadi makanan yang terlalu kasar boleh buat mereka tersedak atau rasa susah nak telan. Sebab itu, untuk umur 6 hingga 8 bulan, tekstur makanan kena lebih smooth dan senang dimakan. Ada 2 jenis tekstur utama yang sesuai untuk fasa ini, iaitu puree dan dikisar halus. Puree adalah makanan yang betul-betul lembut dan cair. Biasanya dibuat dengan cara kisar makanan dengan air atau susu ibu atau susu formula sampai betul-betul smooth. Contohnya, kalau nak buat puree carrot, kita rebus sampai lembut dan blend dengan sedikit air. Puree ini memang sesuai untuk peringkat awal, sebab bayi masih dalam fasa adaptasi kepada makanan pejal dan mereka lebih mudah telan makanan yang licin macam ini. Lepas bayi dah biasa dengan puree, kita boleh naikkan satu level kepada makanan kisar halus. Beza dia dengan puree, ialah teksturnya sedikit lebih pekat dan ada sedikit tekstur. Tak terlalu cair. Contohnya, bubur nasi kisar atau sayur yang dikisar dengan sedikit air. Ini akan membantu bayi belajar guna lidah dan gusi untuk handle makanan sebelum ditelan.
Tekstur makanan pada fasa pengenalan ini kenalah berperingkat. Bermula dengan yang paling lembut dulu sebelum perlahan-lahan ditingkatkan. Ini bukan saja membantu bayi belajar makan dengan lebih baik, tapi juga elakkan risiko tersedak atau masalah pencanaan. Jadi, jom kita tengok macam mana perubahan tekstur makanan yang sesuai untuk bayi dalam lingkungan umur ini. Untuk 2 minggu pertama lepas mula makan, kita perkenalkan makanan dalam bentuk kisar halus ataupun puree. Bayi masih dalam proses belajar untuk menelan makanan, jadi tekstur yang terlalu kasar boleh buat mereka tersedak atau kurang selesa. Frekuensi makan pun masih rendah, sekitar 1 hingga 2 kali sehari saja. Masuk minggu ketiga dan seterusnya, iaitu dalam lingkungan umur 6 hingga 8 bulan, kita boleh mula bagi makanan yang dikisar kasar dan lebih pekat. Maksudnya, makanan tak perlu terlalu cair macam bubur kosong. Boleh tambahkan sedikit ketulan halus supaya bayi belajar mengunyah dengan gusinya. Waktu makan pun makin bertambah, sekitar 2 hingga 3 kali sehari, dengan tambahan snek 1 hingga 2 kali sehari. Kenapa penting untuk ikut progression ni? Sebab ia membantu bayi dalam perkembangan oral motor mereka. Kalaulah dari awal dah bagi makanan terlalu kasar, mereka mungkin akan tolak makanan tu atau lebih cenderung untuk tersedak. Kalau terlalu halus, terlalu lama pun, nanti mereka susah nak adapt dengan tekstur makanan pejal bila masuk umur setahun.
Ok, macam mana kita sebagai parent nak pastikan makanan bayi bukan saja mengenyangkan, tapi juga seimbang dan berkhasiat. Kita tak boleh bagi sebarangan sebab sistem pencernaan mereka masih dalam proses berkembang. Jadi, makanan yang kita sediakan perlu cukup lembut, mudah dihadam dan penuh dengan nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak mereka. Bila sediakan makanan bayi, karbohidrat adalah sumber tenaga utama yang perlu ada. Untuk bayi yang baru mula nak makan, nasi adalah pilihan yang sangat baik, tapi perlu dimasak sehingga betul-betul lembut. Biasanya dalam bentuk bubur atau puri nasi. Karbohidrat ni penting untuk beri tenaga supaya mereka aktif meneroka dunia sekeliling. Kalau bayi dah nampak lesu atau cepat letih, mungkin dia tak cukup sumber tenaga dari karbohidrat. Selain itu, protein juga sangat diperlukan untuk membantu pertumbuhan otot, kulit dan sistem imun bayi. Contoh yang baik ialah ayam, tapi mesti dalam bentuk yang sangat halus, seperti puri ayam atau ayam yang direbus sehingga lembut dan dikisar. Kalau nak lebih variasi, boleh juga guna ikan putih seperti siakap atau tenggiri, tapi pastikan ia bebas tulang dan dimasak dengan baik. Bayi juga perlukan serat untuk sistem percernaaan yang sihat. Sayur-sayuran seperti lobak merah sangat bagus sebab kaya dengan vitamin A untuk kesihatan mata bayi. Tapi pada usia ni, mereka belum boleh kunyah makanan keras. Jadi sayur perlu dikukus dan dijadikan puri supaya lebih mudah dimakan. Kalau bayi sembelit, cuba tambah sedikit variasi sayur berserat tinggi seperti labu atau bayam. Tak ramai yang tahu, tapi lemak baik juga penting dalam diet bayi. Minyak zaitun boleh ditambah sedikit dalam puri atau bubur bayi untuk bantu perkembangan otak dan sistem saraf mereka. Lemak sihat juga membantu badan menyerap vitamin larut lemak, seperti vitamin A, D, E dan K yang sangat penting untuk kesihatan mereka. Jadi kita kena pastikan setiap hidangan mengandungi gabungan karbohidrat, protein, serat dan lemak baik dalam bentuk yang lembut dan sesuai untuk sistem pencernaan bayi. Bila bayi dah biasa dengan makanan seimbang dari kecil, ia akan membantu mereka membesar dengan lebih sihat dan aktif. Bayi mungkin ambil masa untuk terima sesuatu makanan, tapi dengan kesabaran dan variasi, mereka akan belajar menikmati makanan sihat.
Bila bercakap tentang karbohidrat untuk bayi, ramai orang terus terbayang nasi atau bubur saja. Tapi sebenarnya ada banyak lagi pilihan lain yang bukan saja berkhasiat, tapi juga penuh dengan pelbagai nutrien yang penting untuk tumbesaran si kecil. Karbohidrat ini penting sebab ia sumber utama tenaga, terutamanya bila bayi semakin aktif bermain. Menariknya, setiap jenis karbohidrat ada kelebihan sendiri. Ada yang kaya dengan serat untuk bantu sistem penhadaman, ada yang penuh dengan vitamin dan mineral, dan ada juga yang mengandungi antioksiden untuk sokongan kesihatan keseluruhan. Jadi, jom kita tengok satu persatu pilihan karbohidrat yang sesuai untuk bayi. Salah satu pilihan karbohidrat terbaik untuk bayi ialah ubi kentang. Teksturnya lembut bila direbus dan boleh dijadikan puree yang sangat mudah dimakan. Ia juga kaya dengan vitamin C yang membantu sistem imun bayi dan potassium yang penting untuk perkembangan otot. Kalau nak variasi, boleh campur dengan sedikit susu ibu atau formula untuk teksturnya lebih creamy. Selain itu, ubi keledek juga antara sumber karbohidrat yang sangat bagus untuk bayi. Ia lebih manis naturally jadi bayi lebih mudah menerimanya. Ubi keledek juga mengandungi serat yang tinggi, bagus untuk sistem penghadaman bayi, dan boleh membantu mengelakkan sembelit. Kalau nak cuba bijirin, oat adalah pilihan yang sangat sesuai. Oat penuh dengan serat larut yang membantu perut bayi mencerna makanan dengan lebih baik. Oat juga mengandungi zat besi yang penting untuk perkembangan otak dan sel darah merah bayi. Kalau nak lebih menarik, boleh kisar oat jadi lebih halus sebelum dimasak supaya teksturnya lebih lembut. Untuk keperbagaian, boleh cuba barley sebagai sumber karbohidrat. Barley juga mengandungi serat tinggi dan mineral seperti selenium yang membantu dalam perkembangan sel bayi. Tapi pastikan ia dimasak lama sehingga lembut dan dikisar supaya mudah dimakan oleh bayi. Selain itu, jagung juga boleh diperkenalkan dalam bentuk puree. Jagung mengandungi karbohidrat kompleks yang membekalkan tenaga tahan lama. Ia juga kaya dengan antioksiden lutin yang baik untuk perkembangan mata bayi. Tapi pastikan jagung dikisar halus supaya bayi tak sukar menelannya. Dan akhirnya, gandum juga boleh dimasukkan dalam diet bayi terutamanya dalam bentuk bubur atau bijirin bayi. Gandum mengandungi vitamin B kompleks yang penting untuk metabolisme tenaga bayi. Cuma, untuk bayi yang ada sejarah keluarga alahan gluten, lebih baik perkenalkan secara beransur-ansur dan lihat reaksinya.
Protein sangat penting untuk perkembangan otot, tisu dan juga sistem imun bayi. Tapi jangan risau, sumber protein bukan sekadar daripada ayam dan ikan je. Kita ada banyak pilihan yang boleh kita bagi supaya bayi dapat cukup nutrien dan pada masa yang sama dapat belajar rasa dan tekstur makanan yang berbeza. Jom kita tengok satu per satu pilihan protein yang sesuai diberikan kepada bayi. Daging merupakan salah satu sumber protein yang sangat baik untuk bayi. Selain kaya dengan zat besi yang penting untuk perkembangan otak dan penghasilan sel darah merah, daging juga membekalkan tenaga yang diperlukan oleh bayi yang sedang aktif bermain-main. Cara terbaik untuk perkenalkan daging kepada bayi adalah dengan memasaknya sehingga lembut, kemudian dikisar atau dicincang halus supaya senang dimakan dan dihadam. Ayam pula adalah pilihan yang lebih ringan berbanding daging merah. Ia kaya dengan protein serta rendah lemak menjadikannya pilihan yang bagus untuk bayi yang baru mula makan makanan pejal. Bahagian dada ayam lebih mudah dihadam jadi boleh direbus dan dilecek untuk tekstur yang lebih lembut. Ikan adalah salah satu sumber protein yang sangat berkhasiat, terutama sekali ikan yang kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon, ikan kembung dan ikan tenggiri kecil. Omega-3 ini penting untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi, tapi kena pastikan ikan yang diberikan rendah mercury dan tak ada tulang kecil supaya selamat untuk bayi makan. Ikan bilis pun jangan lupa sebab ia sumber protein yang tinggi kalsium, bagus untuk tulang dan gigi bayi tapi kalau nak bagi ikan bilis, seeloknya pilih ikan bilis yang tak masin. Rendam dulu untuk kurangkan kandungan garam dan kisar halus sebelum dimasukkan ke dalam makanan bayi. Tauhu pula sangat sesuai untuk bayi sebab ia lembut, mudah dihadam dan tinggi protein berasaskan tumbuhan. Selain itu, tauhu juga mengandungi zat besi dan kalsium paling penting untuk perkembangan tulang bayi. Ia boleh dikukus dan dihancurkan sebelum dimasukkan ke dalam makanan lain. Akhir sekali, kita ada kacang kuda yang merupakan sumber protein serta serat yang baik untuk sistem penghadaman bayi. Kacang kuda juga kaya dengan zat besi, jadi ia pilihan yang bagus kalau nak variasikan sumber protein bayi.
Sayur-sayuran adalah antara makanan yang boleh diperkenalkan untuk tambah nutrisi dalam diet bayi. Sayur bukan saja kaya dengan vitamin dan mineral tapi juga membantu sistem penghadaman sebab ada fiber. Tapi, bukan semua sayur sesuai untuk bayi. Jadi kena pilih yang betul supaya senang dihadam dan tak sebabkan masalah perut. Jom kita tengok sayur-sayur yang sesuai untuk si kecil. Lobak merah ini memang power sebab kaya dengan beta-karotin yang bertukar jadi vitamin A dalam badan. Bagus untuk mata dan kulit bayi. Selain itu, lobak merah ada rasa sedikit manis jadi senang nak tarik perhatian bayi. Pastikan ia dimasak sampai betul-betul lembut, boleh dikisar atau dilenyek supaya bayi mudah telan dan hadam. Kubis bunga mungkin nampak biasa tapi sebenarnya penuh dengan vitamin C dan antioksiden yang membantu kuatkan sistem imun bayi. Bila rebus atau pun dikukus, teksturnya jadi lembut dan mudah dihancurkan. Kalau nak perkenalkan kubis bunga boleh campurkan dengan makanan lain supaya bayi lebih mudah terima rasa dan teksturnya. Sawi pula salah satu sayur hijau yang tinggi zat besi penting untuk elakkan anemia dalam bayi tapi rasanya agak pahit sikit. Jadi kalau bayi tak biasa, boleh campurkan dengan sayur yang lebih manis macam labu atau lobak merah. Pastikan ia dimasak sampai lembut supaya senang bayi kunyah dan telan. Tomato kaya dengan vitamin C dan lycopene yang baik untuk kesihatan kulit dan sistem imun. Rasanya ada sedikit masam manis jadi boleh buat makanan bayi lebih menarik. Tapi kena pastikan tomato dimasak dulu sebab kandungan asinnya mungkin agak tinggi untuk perut bayi yang masih sensitif. Terung ni salah satu sayur yang rendah kalori tapi tinggi fiber, jadi bagus untuk sistem penghadaman bayi. Bila dimasak, teksturnya jadi lembut dan senang dikisar. Cuma kena pastikan terung dimasak sepenuhnya supaya tak ada rasa kelat yang mungkin kurang disukai bayi. Labu memang antara sayur terbaik untuk bayi sebab kaya dengan vitamin A, fiber dan rasa yang naturally sweet. Bila direbus atau dikukus, teksturnya jadi sangat lembut dan creamy sesuai untuk bayi yang baru belajar makan. Selain itu, labu juga membantu dalam sistem penghadaman dan cegah sembelit. Bayam penuh dengan zat besi, kalsium dan folate yang penting untuk perkembangan otak dan tulang bayi. Tapi, kena pastikan bayam dimasak dengan betul sebab sayur hijau ni ada kandungan nitrat yang boleh jadi kurang sesuai kalau mentah. Cara paling mudah, tumis atau rebus dulu sebelum dikisar atau lenyek.
Buah-buahan adalah antara makanan yang wajib diperkenalkan kepada bayi. Buah bukan saja sedap dan naturally sweet tapi juga kaya dengan vitamin, mineral dan fiber yang bagus untuk kesihatan bayi. Tapi, bukan semua buah sesuai untuk peringkat umur ni. Jadi, jom kita tengok buah-buahan terbaik untuk bayi dan kenapa ia bagus untuk mereka. Pisang memang antara buah pertama yang paling popular untuk bayi. Sebab apa? Sebab teksturnya lembut, senang lenyek dan naturally sweet. Pisang juga kaya dengan potassium yang baik untuk jantung dan otot bayi. Selain itu, ia mengandungi serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Boleh diberikan secara lenyek atau dipotong kecil jika bayi dah mula pegang makanan sendiri. Warna buah naga yang striking memang menarik perhatian. Tapi yang lebih penting, buah naga ni tinggi dengan vitamin C dan fiber. Bagus untuk tingkatkan sistem imun dan bantu penghadaman bayi. Tekstur buah naga pun lembut dan juicy jadi sesuai sangat dengan bayi yang baru belajar makan. Mangga kaya dengan vitamin A dan C yang bagus untuk kulit, mata dan imunisasi bayi. Rasanya manis dan teksturnya lembut, jadi boleh dikisar jadi puree atau dipotong kecil untuk finger food. Tapi elakkan mangga yang terlalu masam sebab mungkin kurang sesuai untuk perut bayi yang masih sensitif. Kalau bayi ada masalah sembelit, betik adalah penyelamat. Buah ini penuh dengan enzim papain yang membantu sistem penghadaman jadi lebih lancar. Selain itu, betik juga tinggi dengan vitamin A dan C. Teksturnya yang lembut memudahkan bayi untuk makan sama ada dalam bentuk puree atau potongan kecil. Buah tembikai penuh dengan air jadi bagus untuk pastikan bayi kekal hydrated terutama dalam cuaca panas. Selain itu, tembikai juga mengandungi vitamin A dan C untuk kesihatan kulit dan imunisasi. Tapi, kena pastikan bagi dalam bentuk yang mudah dipegang dan tanpa biji supaya bayi boleh makan dengan selamat. Akhir sekali, pir adalah buah yang kaya dengan serat dan sangat bagus untuk sistem penghadaman bayi. Bila masak, pear jadi sangat lembut dan mudah dihancurkan. Kalau nak lebih lembut, boleh kukus dulu sebelum lenyek atau dikisar. Rasanya pun mild dan tak terlalu manis jadi sesuai untuk diperkenalkan kepada bayi yang baru belajar makan.
Ha, ini soalan yang selalu jadi dilema ibu bapa. Nak mula dengan nasi ataupun buah dulu? Jangan risau, kita kupas perlahan-lahan, ok? Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing, tapi ada juga sebab kenapa ramai pakar galakkan mula dengan nasi dulu. Jom kita bincangkan. Pertama, kita cerita pasal bubur nasi. Bubur nasi ini pilihan yang sangat asas tapi power. Kenapa? Sebab nasi ini neutral, tak ada rasa manis atau masin. Jadi ia membantu bayi biasakan diri dengan rasa makanan sebenar tanpa gangguan dari rasa yang kuat. Nasi ini juga sumber kabohidrat yang bagus untuk tenaga bayi, terutama waktu dia baru belajar aktif. Bila kita mula dengan bubur nasi, lebih senang untuk kita perkenalkan makanan baru macam sayur atau protein sebab rasanya tak overshadow makanan lain. Sebagai contoh, kita boleh campurkan brokoli atau lobak merah yang dah dikukus ke dalam bubur nasi. Jadi bayi dapat rasa gabungan makanan sebenar. Sekarang, kita cerita pasal puri buah pula. Buah-buahan macam pir atau pisang memang sedap dan ada rasa manis semula jadi. Sebab itu, bayi biasanya cepat suka kalau kita mulakan dengan puri buah. Tapi di sinilah perangkap dia. Bila bayi dah biasa dengan rasa manis, dia mungkin akan jadi memilih dan menolak makanan yang rasanya kurang manis. Contohnya, sayur-sayuran. Jadi, kalau kita mula dengan puree buah, mungkin ada cabaran sikit nak kenalkan makanan lain lepas itu. Tapi, bukanlah salah kalau nak bagi mulakan dengan buah. Cuma kena ada strategi untuk pastikan bayi tak terus-terusan cari yang manis je. Jadi, mana satu yang patut kita mula dulu? Saya cadangkan kita cuba bubur nasi dulu sebab ia neutral dan senang nak jadi asas untuk perkenalkan makanan lain. Lepas bayi dah biasa makan bubur nasi, barulah kita selitkan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Dengan cara ini, bayi dapat rasa pelbagai jenis makanan tanpa terlalu memilih. Tapi, kalau bayi suka buah dulu, tak apa juga. Kita boleh adjust dan pelbagaikan cara penyediaan makanan supaya mereka terima semuanya dengan baik.
Bayi 9 hingga 11 bulan dah semakin aktif dan mula explore makanan dengan lebih banyak. Masa ini, kita boleh perkenalkan makanan dengan tekstur yang lebih kasar berbanding sebelum ini. Dari puri halus, sekarang adalah masa untuk mereka mencuba chop, dice and finger food. Perubahan tekstur ini penting untuk bayi belajar mengunyah dan latih kemahiran motor mereka. Jom kita tengok tiga jenis tekstur makanan yang sesuai. Pertama sekali, cincang. Makanan yang dicincang membantu bayi membiasakan diri dengan tekstur yang lebih kasar, tapi masih lembut untuk ditelan. Contohnya, nasi yang dimasak lembut, sayur-sayuran seperti bayam atau lobak yang dicincang kecil, serta protein seperti ayam atau ikan yang direbus dan dihancurkan sedikit. Dengan makanan cincang ini, bayi dapat belajar mengunyah walaupun belum tumbuh banyak gigi. It’s a good step before introducing more solid textures. Seterusnya, potong kecil. Pada peringkat ini, bayi dah boleh pegang makanan kecil dan cuba makan sendiri. So, kita boleh bagi makanan dalam bentuk dadu kecil seperti buah naga, tembikai atau ubi kentang yang direbus lembut. Saiz makanan kena sesuai supaya bayi boleh genggam dengan mudah dan elak risiko tercekik. Selain bantu mereka explore rasa dan tekstur baru, makanan yang dipotong kecil ini juga boleh melatih koordinasi tangan dan mulut mereka. Last sekali, makanan jejari atau finger food. Finger food adalah makanan yang dipotong dalam bentuk panjang supaya bayi boleh pegang dan makan sendiri. Contohnya, lobak merah, keledek atau brokoli yang direbus sehingga lembut. Bayi akan lebih seronok makan sendiri dan ini juga bantu mereka belajar self-feeding. Paling penting, pastikan makanan cukup lembut untuk elak risiko tercekik but still firm enough to hold its shape. Satu perkara yang saya nak ingat, always supervise your baby while eating and let them explore different textures at their own pace.
Baiklah, bila bayi dah masuk usia 12 bulan, tekstur makanan dia akan berubah sepenuhnya. Sekarang dah tiba masanya bayi kita makan makanan keluarga. Ini adalah fasa yang sangat seronok sebab akhirnya kita boleh duduk makan sekali dengan bayi di meja makan dan dia boleh mula menikmati hidangan yang sama seperti kita. Tapi ada beberapa perkara penting yang kita kena ingat bila memperkenalkan makanan keluarga ini. Pertama, walaupun bayi dah mula makan makanan keluarga, kita kena pastikan teksturnya sesuai untuk dia. Maksudnya, makanan itu tak terlalu keras atau susah dikunyah. Kalau ayam atau daging, pastikan kita potong kecil-kecil atau masak sampai lembut supaya bayi senang kunyah. Kalau nasi, eloklah kita pastikan teksturnya lembut dan tak terlalu kering. Bayi mungkin tak ada gigi tapi kemahiran mengunyah dia masih dalam proses berkembang. Jadi, kita kena sesuaikan makanan ikut kemampuan dia. Kedua, elakkan makanan yang terlalu pedas, masin atau berminyak. Kita memang nak bayi makan makanan keluarga, tapi rasa itu kena sederhana sebab sistem penghadaman bayi masih sensitif. Kalau kita masak kari atau sambal, ambil sikit sebelum tambah cili untuk bayi. Untuk garam dan gula pula, cuba kurangkan atau skip terus kalau boleh. Fokus kita lebih kepada makanan sihat dan seimbang yang kaya dengan nutrien. Ketiga, ini juga masa yang sesuai untuk ajar bayi makan sendiri. Bila kita makan bersama-sama, kita boleh letakkan makanan dalam pinggan kecil untuk dia dan biar dia guna tangan atau sudu kecil. Bayi usia setahun ni biasanya suka explore. Jadi, biarlah dia rasa seronok dengan makanan dia sendiri. Kalau tumpah atau bersepah sikit, itu biasa. Anggap je macam latihan untuk dia.
Dan akhirnya, jangan lupa untuk teruskan pemberian susu ibu atau susu formula kalau masih ada. Sebab susu masih lagi penting untuk bayi. Tapi, masa ni susu lebih sebagai tambahan kepada makanan pepejal, bukan lagi makanan utama. Jadi, bila bayi mula makan makanan keluarga, dia bukan saja belajar rasa baru, tapi juga belajar ikut rutin makan keluarga, cara makan dan paling penting dia akan rasa lebih dekat dengan kita.