Alright, jom kita mula dengan satu topik yang selalu jadi cabaran untuk ibu menyusu, “Keliru Puting” atau dalam English kita panggil “Nipple Confusion”. Kalau ada yang pertama kali dengar, jangan risau kita akan kupas satu per satu. Keliru puting ni berlaku bila bayi lebih suka menyusu dengan botol berbanding direct dari payudara ibu. Kenapa boleh jadi macam ni? Salah satu sebab utama adalah aliran susu dari botol lebih laju dan konsisten jadi bayi tak perlu usaha banyak. Bila hisap dari payudara ibu, bayi kena bekerja sikit guna otot mulut, lidah dan koordinasi yang betul untuk dapatkan susu. Tapi kalau dah biasa dengan botol, bayi mungkin jadi malas nak menyusu terus dari ibu sebab botol lebih mudah. Lama-kelamaan, bila dah selesa dengan botol, bayi mula menolak breastfeeding. Ini yang buatkan ramai ibu stres terutama kalau niat memang nak fully breastfeed. Tapi jangan risau, ada cara nak atasi masalah ini dan kita akan bincangkan nanti. Yang penting kita faham dulu konsep keliru puting ni supaya kita boleh elak atau atasi dengan cara yang betul.